Whoa.. mata saya sudah jadi lens kamera.. heheh, sebenarnya teringin sangat untuk memiliki zoom lens untuk kamera saya.. well beberapa bulan ini sudah berjinak jinak dengan hobi 'kacit-mengacit' ini.. disangkakkan blog ini sudah saya abaikan.. mana tahu jari ini masih giat menaip.. otak terlalu sarat, so sebahagian ingatan saya instore di sini.genap sudah sebulan 3 hari saya bekerja di sana.. mengajar rupanya tidak begitu kena dengan jiwa saya.. entah apa sebab saya memilih jurusan itu dahulu.. tapi saya enjoy dengan suasana kerja saya.. walaupun agak 'chaos' sedikit. adakalanya macam tiada memberikan komitmen yang sepenuhnya, hanya kerja sambil lewa. oh tak boleh begitu.. bangun la oi..
selamat berpuasa bagi mereka yang menyambut hari raya.. saya pun tumpang raya sekali.. sungguhpun hanya sekadar main mercun ajalah.. well di musim ramadhan ini.. (betul ka spelling saya nie?), suasana sekitar miri agak padat dengan penduduk yang selama ini disangka sunyi.. tiba tiba boleh menjadi meriah dengan kehadiran Bazaar Ramadhan.. tokey buat duit, customer isi perut.. win-win lah.. saya sering kali merayau sekitar area bazaar dan mendapati diri seperti sedang melancong.. atau 'melencong'?.. pernah sekali saya bawa kamera.. ambil gambar, snap sini snap sana.. hoyo, jelingan beberapa pemuda yang tak terurus mukanya (samseng t**k kucing) merenung ke arah saya.. oh akhirnya saya hanya merakam video aja di sekitar secara 'tidak' obvious. kamu faham ke apa yang saya repekkan ini? come on la.. baca lagi dari mula..
saya gembira disebalik sebuah penantian.. 'fajar' yang indah mulai menjelang.. selama ini asyik merunggut tentang kehidupan yang hambar selepas tamat pengajian.. kini segalanya mulai 'bergerak'.. umpama main catur.. akhirnya kamu dapat gerakan dan momentum yang bagus.. saya perasan kebelakangan ini saya semakin panas baran.. sikit sikit yang salah, pastinya saya tenking dengan kata yang pedas.. makanya ayah saya kembali mengingatkan saya mengenai apa yang selalu dia ajarkan dulu.. saya.. ibarat air laut.. bila masanya mengganas, maka saya jadi tsunami, bila masanya tenang, maka saya seperti pakcik yang hidupnya berumur 65 tahun, duduk relax di tepi jeti sambil memancing ikan di air laut.. faham ka? saya banyak gunakan perbahasa untuk bercakap ini.. harap CPU anda dapat tangkap apa yang saya ingin utarakan disini hahaha
tadi saya singgah sebentar ke pasar.. ok Pay Day.. nak minta belanja? boleh.. klu jumpa apa salahnya.. air tin lah.. saya tengah save bajet.. banyak benda nak beli waiseh.. macam nak kawen.. makanya saya berbelanja sejumlah wang yang banyak untuk membeli pelbagai jenis cerita drama korea minggu lepas. untungnya saya enjoy sambil belajar apa kekurangan saya dalam kehidupan menerusi cerita tersebut.. ruginya.. sekali dah tengok.. amat payah untuk diulang tayang lagi heheh.. tadi.. semasa singgah di sebuah kedai DVD yang berlatarkan Merah.. saya diherdik oleh seorang penjual DVD yang maha bodoh.. selaku peniaga, pelanggan adalah raja dan sentiasa betul, hanya kerana dirinya merasa terngganggu apabila sedang menonton drama, saya marah saya? okay.. lain kali saya pergi sana.. saya ambil gambar kedai kamu.. dan kita lihat perniagaan kamu sampai ke mana selepas saya sebarkan sedikit cerita. hahaha.. jahatnya saya.. akhirnya apa yang dibeli hanyalah tali gitar dan makanan.
Adventure adventure, where are you? I'm coming...
Chord Randau - Monica Elen
1 year ago