Thursday, April 28, 2011

Tarzan Menjerit Kerana..

tadi sewaktu singgah di kedai dvd, saya ternampak sebarisan cerita dvd yang lama disusun di sebuah rak yang agak usang.. kedai itu nampak macam baru.. hmm? ok saya nampak dvd cerita nie ha.. cerita Tarzan, weh.. lalu terlintas suatu soalan dalam kepala saya: ' kenapa tarzan gemar menjerit? jawapan skemanya adalah "kerana ingin memanggil segenap suku rakyatnya datang menghadap".. cis.. kurang kreatif.. kan zaman ni dah ada internet? e-mail? facebook? paling paling pun gunalah telefon awam.. oh ya, Tarzan reti ke nak guna telefon? silap silap lepas mendail, dia bercakap seorang diri dengan operator pula..

So balik ke rumah, selepas menghempaskan barang yang dibeli ke meja dapur.. lalu on internet dan google, dan search mengenai hal tersebut, malangnya tiada satupun info yang dikira sahih bagi mengesahkan fakta mengapa tarzan suka menjerit, tetapi in the end.. saya terjumpa gambar ini.. hmm just 1 picture, explain it all.. Yes inilah jawapan yang saya cari.. rupa rupanya tabiat tarzan suka menjerit adalah disebabkan oleh kemunculan Jane iaitu gadis pujaannya.. mungkin sebelum Jane wujud, tarzan hanya sekadar ber-facebook dengan rakyat hutannya.. jangan salah faham.. tujuan menjerit disini bukan kerana ingin meng-impress-kan si Jane itu.. akan tetapi.. mm.. nah lihat sendiri gambarnya..

Itulah misteri dan jawapan disebalik Mengapa Tarzan suka menjerit.. tidak susah sebenarnya.. cis si Jane tu.. ada ka patut di situ pula dia pegang? for safety? habis laki dia menjerit terlolong macam tu? haiz.. beat it..

P/S: Macam best jak.. hihihi

Deideian

Wednesday, April 27, 2011

Orang Tua Banyak Bisa

Hai, malam ini saya menulis lagi.. iyerr.. setelah sekian lama menyepi tetiba tangan ini aktif kembalikan? ok tajuk entry saya kali ini tiiada yang menghairankan.. sebenarnya tadi saya berasa sungguh *%&%$*$* akibat dek terkena bias penyakit mm.. menopause? betulkah? setau saya itu untuk wanita aja kan? klu lelaki.. lantaklah.. iya tadi ada sedikit gejala itu lah.. so saya search lah kat Google pasal 'Tua' ini.. yes keywordnya adalah Old atau Tua.. dan saya jumpa macam macam jenis artikel serta gambar yang boleh dikategorikan sebagai biasa.. kemudia saya 'terserempak' dengan gambar ini.. weh.. ini baru bisa hahaha.. saya click dan baca infonya.. uih lagilah sedap..



nenek ni.. bekas commando pangkat elite sniper dulu.. jangan main main


kita sering fikir tentang bagaimana orang lain tidak dapat memahami kehendak serta perasaan diri kita, kita sering berfikir bagaimana orang tidak tahu apa yang kita rasai, pemikiran dan menganggap bahawa kita lebih tahu atau mereka tiada pengalaman seperti kita.. jawapan yang mampu saya berikan adalah Yes or No.. sebab ada sesetengah pengalaman itu sememangnya tidak mungkin mereka alami seperti kita.. dan selebihnya sudah pun mereka rasai.. contoh.. jika Si A sedang 'meneran' di dalam jamban pintu pertama, apakah Si B mengalami sensasi yang serupa dengan Si A?
kemungkinan Si B mengalami keseronokkan ketika proses itu berlaku? atau sebaliknya? siapa tahu?manalah kita ingin berkongsi akan pengalaman sebegitu dengan kawan kawan.. lain lah kalau dah jadi laki bini.. kentut pun berbau harum jadinya haha..

selain dari menulis, saya juga minat membaca blog orang lain.. lebih lebih lagi blog oleh Tun Dr Mahathir.. tokoh yang paling saya respek.. pemikiran beliau, sememangnya langsung tidak dapat ditandingi oleh mana mana pemimpin negara Malaysia pada masa kini.. the living legend.. uh.. saya nak jadi macam awak lah Dr.. pemikiran masyarakat masa kini dan dahulu agak serupa aja.. tersangatlah stereotype.. dan masing masing conform terhadap satu sama lain.. perbuatan setiap insan pada masa kini (di Malaysia la) umpama bergerak seiring dengan apa yang enak dipandang oleh masyarakat. Apa boleh buat.. kita bukannya orang putih atau asia yang lain.. see? pemikiran sebegitulah yang saya cakapkan.. maka dah nama manusia.. apa bezanya? cis.. kerepek betul..

Kadang kadang kita selaku belia (jikalau anda masih remaja, budak hingusan, atau sudah tua kerepot, maaf yer?) sering kali kita berasa geram kerana merasakan diri seperti dipergunakan oleh golongan yang lebih tua.. ditindas? oh itu bukan kesnya.. kerana kita di tahap umur belia tahu bahawa segala yang mereka minta dan suruh itu kebanyakkannya adalah untuk kebaikkan kita sendiri.. pada awalnya memang kita gembira tetapi lambat laun.. perasaan itu bertukar menjadi jemu.. saya yakin bahawa mereka dulu juga mengalami perkara yang sama.. saya tidak menyalahkan sesiapa disini melainkan sikap kita sendiri.. ish..  pendek kata.. dalam kepuasan.. terdapatnya kegeraman.. er.. betulkah ayat saya ini?
they know how, and they know why, and they know when
(mereka tahu apa yang sedap dimakan)

apa yang ingin saya tekankan disini, jangan sesekali kita memandang rendah terhadap orang tua.. sewaktu menuntut di Kuching dahulu, saya dan rakan rakan saya pernah bermain bola sepak serta badminton bersama sekumpulan orang tua (CEO universiti kami), dengan badan kami yang tegap, mantap, penuh kudrat dan tangkas.. kami fikir.. "ini orang tua.. you're going down.. 100%".. betapa silapnya pemikiran kami (the youth team) pada ketika itu.. kalah teruk.. ya orang muda bermain dengan akal, teknik, kekuatan, dan kelajuan.. macam sudah cukup pakej.. tetapi orang tua ada satu benda yang kita tiada.. iaitu 'Pengalaman'.. they know how, and they know why, and they know when.. maka sekiranya anda berjumpa dengan orang tua.. jangan sesekali berlaku sombong.. kerana itu bodoh namanya.. hahaha.. saya respek pengalaman orang tua.. bukannya orang tersebut semata mata kerana umurnya..

Sarikata disediakan Oleh:
Deideian the Watermelon

Tuesday, April 26, 2011

semakin hari semakin..

tadi semasa mengajar anak anak murid saya di kelas tuition, sesi pembelajaran kami tergendala akibat dek terlalu leka dalam sesi bercerita, dan tukang berceritanya adalah saya.. oh perbuatan sedemikian sememangnya tidak profesional tetapi agak menyeronokkan..  ini menyebabkan saya mengimbau kembali kenangan saya sewaktu saya mula mula mengadakan kelas tuition di kampung pada awal tahun 2004. murid murid saya begitu gemar menghadiri kelas saya kerana mereka taksub untuk mendengar kisah kisah dongeng (cerita rakyat) dari saya.. haiz.. panjang juga intro kita ni ye? ehem.. tukar channel lah

Ok hadirin sekalian, intro yang saya ceritakan diatas tadi tiada kena mengena dengan tajuk entry saya kali ini.. oh ya, sudah dekat dua bulan lebih dah saya tidak upload apa apa kan? jahat betul..kasi baling dengan lobak.. kita ni nak marah siapa sebenarnya? heh.. tahun ini keaadaan agak 'lambat' bagi saya.. Yes sudah banyak yang berlaku sejak Januari sehinggalah April ini. daripada not important, saya belajar menjadi the important.. nobody menjadi somebody.. dari segi emosi, saya belajar mengenai penerimaan.. kesediaan.. rejection.. jangkaan.. ada bahagian yang baik untuk dirasa.. ada bahagian yang kejam untuk dicerita..

Saya, punya impian yang sangat tinggi dan besar.. makanya engganlah saya melibatkan diri dengan sebrang perkara yang dijangka bakal menganggu perjalanan saya dalam mencapai matlamat tersebut. tetapi sekiranya saya tidak meletakkan diri saya di tangan orang lain? bagaimana peluang itu tiba? bagaimana mampu potensi saya dicungkil? bagaimana dan bagaimana?

mengapa blog ini sudah lama menyepi? kerana.. saya 'Tidak Busy'.. selalunya orang akan berkata: 'saya terlampau sibuk, tiada masa untuk kamu, itu, dan ini'.. Bullshit, Tuhan sudah berikan kita nikmat 24 jam sehari.. tiada lebih tiada kurang bagi setiap individu.. mengapa ada yang dapat mencapai kemajuan dalam masa yang singkat? manakala mengapa sesetengahnya terkandas atau langsung tiada perubahan? jawapan serta persoalannya disini ialah 'tindakan'.. regardless apa apa jua tindakan yang kamu ambil.. pedulikan.. yang penting.. selepas anda memilih.. ertinya anda dah 'tekan' button itu.. maka langkah seterusnya adalah Giving Your Best.. katakan pada diri, Ku Beri Yang Terbaik... dan sentiasalah yakin dan berpaut pada matlamat yang telah korang tetapkan dimata minda kamu tu.. rahsia ini sangat mujarab dan benar.. berkesan.. terbukti..

maafkan saya kerana merepek di malam malam hari begini, saya cuma perlukan sesuatu untuk simpan 'Pemikiran' saya ini ke dalam suatu Storage, iaitu blog ini.. saya sebenarnya marah dengan diri saya, tetapi pada masa yang sama lega dan bersyukur itu pun ada.. Mengapa? sebab jalan yang bukan milik saya itu.. terbukti memang tidak sesuai untuk saya.. Puji Tuhan kerana rencananya untukku pastinya luar biasa.. baiklah.. saya ceritakan serba sedikit tentang apa yang telah saya kerjakan sepanjang 4 bulan ini..

Saya.. banyak keluar.. jalan sini. jalan sana.. handphone sememangnya teman yang setia, bagi tujuan perhubungan, hiburan, dan kamera untuk ambil gambar persekitaran saya.. saya.. berpeluang menjadi emcee kepada pelbagai jenis majlis.. dan berpeluang bertemu dengan pelbagai tokoh yang 'otai' dalam bidang masing masing.. kekadang saya berasa seperti seorang yang tua, ada kalanya sifat keanak anakkan itu masih lagi bersisa..

adakalanya saya punya atau alami sesuatu yang menghilang, adakalanya merasakan sesuatu itu ada.. apa sesuatu itu? banyak.. sangat banyak.. salah satunya adalah kegembiraan.. sedetik untuk sekelumit rasa sayang bagi sesuatu dan seseorang.. perasaan kurang senang bila di dalam situasi yang kurang enak..

kamu fahamkah tentang apa yang cuba saya sampaikan disini? ouh...

saya.. punya impian.. seperti motto sekolah saya dahulu.. Fly Riam Fly.. di kala saya melihat sebilangan rakan rakan saya sudah mengembangkan sayap mereka dan sebilangan lagi sudahpun beterbangan di langit yang luas.. saya rasa 'eager'.. ya.. entah apa bahasa melayu untuk word itu.. tetapi itulah dia.. eager... yet afraid..
eager.. yet conform to others.. eager.. but clueless..

baiklah.. samapai disini aja perkara yang ingin saya kongsikan.. saya punya banyak cerita.. soalnya, saya malas.. ya itu penyakit yang merbahaya.. penyakit rank-S.. itulah dia.. kerana malas.. manusia jadi lebih bebal berbanding kera.. kerana malas.. retak dan runtuhlah sebuah rumah tangga.. kerana malas.. akibatnya kita jadi yang memerhati.. bukan yang mengecapi..

Semakin hari.. semakin.......? itu Lu Pikirlah sendiri..

Deideian the Riddler
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers