Hello, hari ini saya menulis dalam
bahasa melayu, ahahaha, sambil jejari giat menaip sambil itu dimulut
'menggonggong' manisan dan keropok ikan masin.. cuaca diluar tampak seperti
akan hujan walau sebenarnya tidak, apa yang mereka tunggu di atas tu? flush kan
ajalah air supaya kami di bumi sini dapat menikmati hari hujan yang romantik..
waseh
Baiklah sekali lagi kita bertemu
kembali di bog saya ini, tidak kiralah kamu sudah lama follow atau baru disini,
selamat datang saya ucapkan.. ada beberapa buah cerita yang mungkin dan bakal
saya kongsikan disini khas untuk bacaan.. saya sendiri kerana saya ini pelupa
dan juga mungkin membekalkan info info yang berguna untuk anda.. apa apa lah..
mari kita mulakan dengan sedikit
pengenalan
****************************** Nama
saya Deideian **********************************
Saya adalah fusion dan anak
kelahiran dua buah pemikiran yang berbeza dari pelbagai perkara, hanya yang
menjadikan kedua ibubapa saya serasi adalah bangsa dan agama.. yang lain itu
saya tak tahu sebab itu kisah cinta mereka dan mungkin seperti drama korea, I
don't care.. saya mewarisi sikap 'The Hunger For Knowledge" daripada ayah
namun.. namun kemahiran seni, kreativiti, music, dan semangat keusahawanan saya
dapat dari ibu saya.. kamu boleh baca cerita yang lebih detail di entry saya
yang lain dan kerana saya malas untuk menulisnya..
Saya adalah seorang Cikgu yang ikan
tradisional dimana guru disekolah menekankan tahap pembelajaran yang rumit,
sofistikated, sehinggakan tiada wujud element kreatif dimana ianya adalah
antara perkara yang utama harus ditertapkan di dalam proses pengajaran..
bukannya hanya berpandukan sukatan, skema, dan blablabla.. oh shit sungguh
boring..
Saya percaya elemen utama untuk
membolehkan segala apa yang diharapkan, ditutur, dilakukan, dingini, kejadian,
itu.. dan ini. adalah berpandukan satu rahsia sahaja.. iaitu CINTA.. nah disini
bila kita sebut akan perkataa cinta.. saya tidak bermaksud kisah cinta seperti
sinetron atau drama korea yang kalian selalu tonton di TV.. eh bukan bukan..
ianya lebih daripada itu.. mari sini saya terangkan, sila perbetulkan cara
duduk anda dan bacalah ye? anggaplah saya ini penyanyi terkenal dan anda
fanatik terhadap apa yang saya 'cakapkan' disini hehe
dua perkara yang menjadikan sesuatu
peristiwa berbeza adalah CINTA dan BENCI.. fahamkah? aie kamu semua ini,
bukannya cinta dan benci macam couple itulah, baiklah begini...
CINTA:
- adalah dikelaskan sebagai terma utama yang menggambarkan segala yang positif, segala yang baik, segala yang segar, dan juga segala yang dikejar, dicari, dan diingini.. faham? tidak? buka google translate klu tak faham..
- dengan erti kata lain, ianya adalah anugerah yang membolehkan manusia untuk mencapai, mendapatkan seuatu regardless samada end of result segala usaha yang dia lakukan itu adalah yang dia inginkan atau yang dia benci..
- selebihnya saya malas nak tulis sebab kamu sudah
menguap..
cis..
BENCI
- adalah terma yang menggambarkan perasaan sebilangan daripada kamu sekarang.. kamu mungkin berfikir... "apa yang lelaki ni nak cakap sebenarnya? merepek tak tentu pasal ti tengah malam sebegini.." see? adakah pemikiran tersebut menggambarkan minat? suka? LIKE? atau positif.. tidak.. kalau anda jawab YA.. maka saya ucapkan selamat datang ke bumi.. wahai alien yang dungu..
- itu sajalah, saya tak mahu elaborate lebih lebih..
mm.. apa lagi yang boleh saya
ceritakan? oh ya saya minta macam macam perkara.. see? mudah bukan? ertinya
saya minat sesuatu yang segar , baru, dan menyeronokkan.. tetapi segalanya
perlu suatu syarat.. iaitu kawalan.. sebab keseronokan itu kalau diluar
kawalan.. ibarat macam memandu kereta sambil menjrit macam orang gila..
"oh seronoknya!! wheee!!" tekan pedal minyak dan memecut laju laju..
tetap maju walau lampu isyarat sudah merah dan BOOM!!!! nenong nenong nenong~ tahniah,
anda sudah meninggal.. padan muka, sapa suruh tak dapat kawal diri sendiri?
alamak macam menyumpah pula, sori itu adalah perumpamaan..
***********************************
REMAJA *************************************
saya dapati tahap mental manusia
pada masa remaja berlainan berbanding orang yang lebih dewasa, patutlah mereka
digambarkan sebagai "huru-hara", walaupun begitu, rasa hormat tetap
wujud dalam sebahagian diri mereka walaupun ada di antara mereka bersikap
kurang ajar, celaka tahap kuda keanak- anakan..
saya berkata sedemikian selepas
bertahun lamanya membuat pemerhatian, weh, macam saintis pula, ya hobi saya
ialah memerhatikan orang ramai, kerana dari situ saya dapat belajar banyak
perkara, yang elok dan juga yang tidak elok, sometimes kita kurang peka dengan
segala yang berlaku di sekeliling kerana kita begitu fanatik dengan diri
sendiri macam seekor katak.. individu sebegitu bersikap macam katak yang 'krok~
krok~.. yes dia menyanyi tetapi sedarkah dia suaranya tak sedap?
mungkin dia akan jawab: " aku
peduli apa? atau adaku kesah?"
fine, itu hak dia, baguslah kerana
at least dia boleh dijadikan contoh rujukan yang kurang enak hahaha.. at least
nanti kalauka terjumpa individu sebegitu..
si comel: mummy mummy, tengok orang
itu.. dia *%^(&*%^(* lah..
si ibu: nak, besar nanti jangan tiru
macam dia ya? sikap macam itu bangang kurang elok.. ingat ya nak?
si comel: okey~ (lalu keduanya terus
berlalu tanpa kata..)
hari ini semasa saya mengajar
disekolah, saya dapati dakwaan para guru yang telah lama bertugas disitu
kebanyakkannya salah.. apa? tak puas hati ka hah?
sistem pendidikan sekarang jauh
berbeza berbanding dulu, dari segi modul, perundangan, tatacara dan blablabla..
semakin rumit.. sehinggakan saya berfikir.. orang orang tua ini, masa mereka
menetapkan segala panduan, tindakan, dan peraturan.. adakah mereka syok
sendiri? kerana out of 100%, hanya 20-30% sahaja yang mungkin... saya tekankan
disini.. MUNGKIN.. dapat menerima apa yang telah digariskan.. sedarkah
mereka bahawa profesi pendidik adalah untuk menukarkan makhluk yang ganas dan
buas seperti binatang.. kepada manusia? justeru tidak salah kalau kita
bergurau.. ini saya bergurau ni, jangan nak melenting pula cis.. macam kuda..
bahawa kita katakan sekolah itu seperti zoo.. di dalamnya terdapat pelbagai
jenis haiwan.. ada singa, ada gajah, ada dubuk.. dan sebagainya.. cikgu adalah
selaku 'trainer'.. dan tugas utama para guru sebelum mendidik adalah untuk
mengkap haiwan haiwan tersebut.. dengan erti kata lain, mendapatkan perhatian,
rasa hormat, dan minat daripada pelajar sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran.... so bunyinya macam lagu tema cerita pokemon lah ni..
"To catch them is my real test~
to train them is my cause~~ oh yeah~~"
<--- lagu animasi pokemon
(kalau anda tak pernah dengar,
ertinya anda seorang yang membosankan......... saya bergurau, jgn marah)
baik itu saja tentang remaja..
pembaca: aie???? kau belum explain
lagi!!!!
saya: ya sudahlah~~
**********************************
JODOH **************************************
Perkahwinan saya postpone.....................................................................
sebab saya belum ada calon
************************************
KEMBARA **********************************
Saya mahu pergi ke banyak tempat
seperti Thailand, Oman, Singapore dan banyak lagi.. oh oh ini yang saya suka
ni, kita bercakap tentang apa yang kita suka dan minat.. ayuh ayuh melancong
bersama haha, tapikan, tempat yang paling tidak saya lupakan sampai mati adalah
Desa Farm, terletak di area Kundasang, Sabah.. tempatnya mak aih.. I'm in Love
kata orang putih, sangat~~~~ cantik.. sejuk, sedap mata memandang, indah.. dan
banyak lagi..
Saya ternanti nanti bilakah
percutian yang seterusnya.. tunggu punya tunggu, nampaknya penantian saya
semakin pudar, tidak tahulah apa yang bakal terjadi di masa depan, sekarang ini
rakan rakan yang ada masing masing sudah mengikut haluan sendiri, masih
berkawan, masih geng, masih berhubung.. cuma kini sudah punya tanggungjawab,
kerjaya, dan impian berbeza..
Ada rakan yang bercadang nak kahwin,
ada yang sudah bergelar ibu dan bapa, ada yang lost contact, ada yang jauh, ada
yang dekat tetapi macam sangat jauh pula sebab susah nak jumpa.. cis.. ada yang
bakal melanjutkan pelajaran, ada yang sibuk dengan kerjaya.. dan banyak lagi..
see? seringkali saya mengingatkan para pelajar saya...
"bahawa... apabila tamatnya
zaman persekolahan, segala ucapan seperti... "best friend forever" we
always together.." forever blabla" tidak akan kekal lama.. WUJUD...
tetapi tidak kekal.. kerana kita semua akan temui sesuatu yang baru, dimana
berlakunya perubahan keatas minat.. pemikiran.. pertuturan.. persepsi.. saat
itulah perhubungan kita dengan yang lain akan berubah, samada dulunya kamu
dengan si dia sering tidak sependapat.. akhirnya menjadi akrab... dulunya si
lelaki dan perempuan sering tak ngam dan bertengkar, akhirnya wujud rasa
sayang... err.. tadi saya usik sebilangan pelajar saya dengan ayat ini,
hasilnya mereka terdiam dan malu malu.. see? tak susah menjadi GURU FREESTYLE..
berbanding dengan guru yang kerjanya asyik menjerit "diam kamu
bahlol!!!!" mengajar seperti robot di depan.. apa yang penting adalah
PSYCHOLOGY~~ hehehe.. melalut pula saya.. ok balik semula tentang kembara..
saya.. punya impian untuk melancong
ke seluruh tempat... saya nak lihat dunia yang luas sebelum umur meningkat ke
status.. it's complicated = sudah tua kerepot.. kerana saya suka bersosial..
dengan cara berkongsikan pengalaman, minat.. dan sebagainya..
justeru.. saya mencari dan
menantikan rakan rakan, baik yang lama, atau yang bakal tiba (baru).. sebagai
teman bersama, pusing bintang yang bergelar bumi ini.. rakan rakan yang punya..
er punya.... genre music yang sama.. rakan rakan yang berada dalam frekuensi
yang sama.. makanya apabila bersama mengerjakan sesuatu.. harmoni itu wujud..
haha saya baru saja mengajar murid saya soal ini tadi..
walau ada duit sekalipun... saya
tidak mahu keseorangan, saya lahir kedunia seorang diri (sebab tak punya kembar
haha).. tua dan mati nanti seorang diri.. at least bila saya menghadap Tuhan
saya, Tuhan mungkin bertanya: Deideian, apakah pencapaian yang kamu rasa
terbaik dari kamu setakat ini?"
dengan bangganya saya menyerahkan REPORT
CARD saya kepada Tuhan dan mengatakan.. saya temui CINTA..
dikalangan setiap insan yang kamu cipta, dimana saya jadikan sebagai teman
seperjuangan, dan juga alam serta segala karyamu yang indah, dimana telah saya
rasa, dengar, lihat dan alami.. akhir kata, saya hidup dengan puas hati kerana
hati dan pengalaman penuh, dengan suka duka.. ah~ see? itulah yang saya
inginkan.. bak kata team favourite saya "WE NEVER WALK ALONE.......
BECAUSE WE WALK BY FAITH AND LOVE" ahahaha sebahagiannya adalah
untuk melengkapkan cogan kata team Liverpool kegemaran saya.. apa? tak
bolehkah? suka hatilah..
*************************************
PROJECT *********************************
buat masa ini agak sibuk tetapi
seronok, dengan aktiviti gereja, kerja, berseronok (itu dikira sibuk juga?)
dan lain lain.. saya juga temui
beberapa orang rakan yang baru.. baru kenal dan masih belum friendly lagi
hehe..
beberapa orang rakan yang lain
sudahpun memulakan PROJECT mereka, ada yang menyampaikan ceramah.. ada yang
menjadi pengelola/admin sesebuah group.. apa apa saja, asalkan tidak melanggar
undang undang..
saya buat masa ini sedang bersiap
untuk sebuah lagi blog baru.. soal itu saya akan terangkan lain kali.. music?
mm tiada apa yang baru dan menarik, cumanya buat masa sekarang adik saya yang
comel dan paling bongsu itu menunjukkan minat untuk bermain gitar, maka saya telah
belikan sebuah gitar untuknya dan terhibur juga melihat telatah dia yang 'tarik
muka' ketika tension dan frust semasa belajar memetik gitar dari saya hahaha
***************************************
itu saja **********************************
kalau ada soalan, sila utarakan,
mungkin info yang ingin anda cari ada pada saya.. selamat malam