Wednesday, September 26, 2012

Sweet Story dan Inspirasi (buat ku tersenyum)


Wallpaper movie ini membuka tirai penulisan saya buat malam ini, dikala saban hari merasakan nilai kehidupan semakin merosot dan membosankan, ternyata semangat yang hilang itu kembali segar, walau buat sementara? atau semakin segar? itu akan diputuskan melaui tindakan saya kemudian hari.

sahabat handai dan saudaraku ramai yang telah menemui 'cita-cita' atau impian, ada yang jauh lebih muda 5 atau 6 tahun berbanding saya, namun sudahpun upgrade status diri ke tahap "sudah berkahwn".. ada yang sedang menikmati kehidupan sepenuhnya dengan kerjaya yang diimpikan.. hahaha

malam ini bukannya berniat untuk bercerita tentang hal itu, saya punya banyak cerita untuk dikongsikan, tetapi itu boleh tunggu lain kali.. walaupun belum bergelar sebagai seorang guru yang sah, walaupun masih lagi terumbang-ambing dengan ekonomi sendiri, diri ini merasa sungguh bertuah kerana memiliki segala yang ada di depan mata sekarang ini.. ya memang bukan semewah orang lain, tetapi at least bahagia, dan kemewahan itu bakal berlipat-ganda di kemudian hari, asal hati tetap tekun mengejar impian dan terus berusaha..

malam ini isi isi fikiran si deideian diletakkan di dalam blog kerana diri merasakan bahawa, sementara punya aspirasi untuk menulis, tulislah sesuatu untuk diri sendiri, mungkin ada yang sedang kebosanan dan klik itu serta ini di pelbagai laman web, kalau ditanya apa yang dicari, mereka tiada jawapan kerana diri sendiri tidak tahu apa yang mereka kehendaki.. eh macam berpantun pula saya..

ya tadi saya menonton cerita "just go with it".. memang itu cerita yang lama, berbanding dengan segala movie yang saya tonton di pawagam sebelum ini ( seperti twilight, transformer, snow white & huntsmen, apa lagi yang ada aksi bergasak dan punya CGI yang melampau itu), perasaan excited itu cuma sekejap aja, setelah 20 minit tamatnya cerita wayang, perasaan kembali menjadi hollow..

Jennifer Aniston dan Adam Sandler, kebetulan keduanya adalah pelakon favourite nih, ini yang membantutkan niat saya ke tandas sebentar tadi, sanggup menonton sampai habis cerita tersebut.. apa ceritanya? anda pergi sendirilah ke kedai DVD untuk ketahui lebih lanjut.. yang ingin saya tekankan disini adalah.. saya perasan bahawa dari mula sehingga akhir cerita, emosi saya dipengaruhi oleh certa tersebut.. sungguh sweet.. kan? bayangkanlah saya meletakkan perkara sebegini di status facebook, pastinya diketawakan oleh orang lain.. mengada-ngada..

tidaklah saya mengharapkan untuk mengalami kisah percintaan sedemikian, tetapi that very moment... dimana si jejaka dan si... er.. wanita saling bertatapan, sungguh mereka berdua sama sekali 100% menyedari bahawa mereka sedang berlakon, akhirnya 'rasa' itu timbul..  atau dalam bahasa lainnya.. ada 'spark'.. ahahaha.. ramai sudah yang datang dan pergi dalam hidup saya, tetapi kebanyakkannya teman tapi mesra, tiada yang benar benar serius..

************************************ sampingan ************************************

saya rasa sistem pendidikan buat masa ini amatlah... er... kaku dan membosankan.. tetapi saya bersetuju kalau sistem yang terbaik untuk mereka yang masih di awal peringkat umur adalah di didik melalui pendekatan tradisional.. agar mereka punya asas yang kukuh apabila menjelang umur belasan tahun.. saya sewaktu mengajar di sekolah, seringkali saya perhatikan.. serta dengar dari beberapa guru.. ( sewaktu makan di kantin, saya pasang telinga, curi dengar ).. mereka bercakap mengenai masalah.. see? MASALAH..  yang rata ratanya berkaitan dengan pelajar.. ah itulah yang membosankan, kerana bagi saya, the easiest solution is not to HIGHLIGHT the problem.. but to FIND THE SOLUTION..  tetapi tidak mengapa, agak seronok juga mendengar mereka berceloteh, adakalanya saya join sekaki, sekadar untuk memeriahkan suasana.. hahahaha

26hb september 2012, rabu, dari pagi hingga tamat waktu sekolah, segala aktiviti yang dilakukan tersangat.... BEST... ehehe, saya dapat melihat sendiri bagaimana para pelajar menunjukkan rasa keterujaan apabila saya mengajak.. see? MENGAJAK... bukan MENGARAH... saya ajak mereka buat beberapa aktiviti yang menyeronokkan.. mungkin lain kali saya akan upload video kami disini.. hahaha.. tetapi pendekatan sebegini hanya sesuai untuk mereka yang tertentu sahaja.. lazim untuk kelas yang terbaik serta pelajar pelajar yang punya sikap baik serta mendengar kata.. dan... paling penting.. RAJIN... ya seringkali saya pesan kepada mereka yang lebih muda dari saya (para pelajar dan sanak saudara yang masih remaja) kita boleh jadi nakal, tetapi JANGAN SESEKALI BERSIKAP BIADAB DAN BERLAKU SIAL.. terutama terhadap keluarga... dan............... tentu sekali adalah GURU... well saya bukan jenis pemarah, dan jenis memaafkan, serta mudah tersenyum, tetapi saya simpan dendam.. ahahaha.. sepi asai.. kebanyakkan para pelajar saya sedia maklum akan statement ini sudah, tetapi adakalanya mereka (terutamanya yang enggan mendengar kata) terlupa dan kembali bersikap buas dan bodoh, apa boleh buat, masih muda.. saya juga begitu dulu dulu..

saya gembira kerana berpeluang menjadi guru, dan bersyukurlah termat amat sangat sekiranya peluang itu terus wujud.. namun seperti yang saya kata... sistem sekarang membosankan.. saya hanya maksudkan khas untuk pelajar yang lebih dewasa.. kemungkinan sudah terbiasa dengan corak pembelajaran di Universiti, justeru berpendapat sedemikian..

banyak lagi untuk diceritakkan, tetapi lain kalilah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers