Friday, March 25, 2011

Wonder-makcik

Elo hahah, lama tak jumpa (padahal tak pernah pun?), tajuk diatas macam takda kena mengena dengan entry ini. banyak yang ingin dikongsikan dan ini adalah salah satunya.. hahahah

Wondergirls hahah.

Nampak tak gambar diatas? itulah geng geng makcik cyber.. termasuk ibu saya.. hahah.. ini zaman sulah makin canggih oo.. para mak cik suda ada facebook, akaun youtube (untuk tengok cerita kejora dan bintang, sob.. sob) dan banyak lagi. that is why ada masanya saya tak dapat online, sebab Ibu saya conquer laptop. ei dia juga minat baca blog (saya pernah buat blog untuknya tapi last last tinggal kenangan, blog nya mengenai orkid dan tanaman)

Teka mana satu Ibu ku, yang lain adalah auntyku

Mereka ni sebenarnya tengah tengok siaran di Youtube, entah isu pasal apa saya dah lupa, tak ambil kisah pun.. ohya, mungkin pasal 'Gambar' tu.. yes yes i'm konfiden. ada sesetengah nya lebih advanced dari saya tau? siap ada akaun rumahpanjai.com lagi tu.. hehek

Aunty1: Ei!! sah!! anak ku ada gepren!!
Aunty2: Cantik gak.. ada rupa industan.. 
Aunty3: dia sedar tak anak ko pokai? hehek
Ibuku : Relax, time jumpa ko reject la
Aunty4: Menangis tak berlagu la minah tu

Memang best bila lihat perkembangan masyarakat kita hari ini lebih lebih lagi golongan mak cik mak cik dan pak cik (uncle ku dah berusia 60 tahun, tahu erti facebook! cuma sebutannya 'PesBuk' la). well itu good news, yang bad news nya, para ibu gunakan new talent ini untuk scout siapa boyfirend anak gadis mereka, apa yang mereka buat, adakah anak lelaki mereka pergi ke Pub? siapa girlfriend anak bujang nya (ops, bahaya nih)... anyway seronok melihat telatah mereka.. ah minggu ni ada banyak cerita yang best dan tak best, kita tgk la nanti macam mana, sama ada cerita itu "on air' atau tidak.

From Lambir with Love,
Deideian - bye

Thursday, March 24, 2011

Adakah anda Ketagih online? gila software? facebook dan ?tube? hoho

This summary is not available. Please click here to view the post.

Misteri Ucapan Neil Armstrong

Pada 20 Julai 1969, Komandan Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong terkenal sebagai manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki adalah; "That's one small step for man, one giant leap for mankind"


Kata-kata tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri; "Good Luck Mr. Gorsky".

Pada saat itu orang-orang di NASA berpendapat ia hanya semacam sindiran halus kepada pesaing mereka iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat tidak ada nama Gorsky pada angkasawan Amerika mahu pun Soviet. Bertahun-tahun setelah itu ternyata masih ramai masyarakat yang penasaran dan mempersoalkan erti kata Armstrong "Good luck Mr. Gorsky".

Setiap kali ditanyakan, Armstrong hanya tersenyum penuh makna.

Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, pada wawancara seumpama pidato, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Saat itulah, pada akhirnya Armstrong menjawab pertanyaan itu. Disebabkan Mr. Gorsky telah meningal dunia sehingga Armstrong merasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.

Cerita bermula di tahun 1938 ketika Armstrong masih kanak-kanak, ia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman belakang rumah. Suatu ketika, temannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat dihalaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah jendela bilik tidur. Sang empunya rumah adalah Mr dan Mrs Gorsky.

Ketika Armstrong kecil sedang merangkak mengambil bola tersebut. Dia mendengar jeritan Mrs. Gorsky sedang marah ke Mr. Gorsky. Dan jeritan itu yang membuat Armstrong yang masih kecil tidak boleh melupakannya seumur hidup.

"Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!"hehehehe.. ei cerita betul ni bah

Deideian the Dewa Rock

Kalau Siti kawen dgn orang lain

Senario berbeza sekiranya Siti berkawin dengan orang lain. Apakah nama anak perempuan mereka nanti?

1) kalau kawin dgn org Jepun, mereka akn namakan anaknya HONDA SITI
2) kalau Kawin dengan orang media, anaknya nanti bersama PUBLI SITI
3) Kalau kawin dengan developer, anaknya nanti bernama SITI SQUARE
4) Kalau dapat anak kembar, dua2 nanti namanya TWIN SITI
5) Kalau kawin dgn professor, anknya nnti dinamakan UNIVER SITI
6) Kalau kawin dgn pelakon filem Cathay Keris tahun 60an, nama anaknya nnt ialah SITI TANJUNG PAHANG
7) Kalau kawin dengan Menteri Pelancongan, nama anaknya nnt ialah SITI SITI MALAYSIA....
8) Kalau kawin dgn org TNB, anaknya nanti bernama ELEKTRIK SITI......
9) Kalau kawin dengan Pengurus Bank?, jadinya SitiBank
.. wahahahaha janji rock hahaha

Tuesday, March 22, 2011

macam putus asa

Aku nak duit.. so aku need kerja.. 25 tahun ku idup.. banyak dah wisdom ku dengar.. rata ratanya kata: duit bukan segala galanya, tapi ku jawab.. segala galanya perlu duit.. sebab tanpanya impian, cita-cita serta needs and want aku mustahil untuk dicapai.. orang lain mungkin kata: siapa cakap? aku jawab: try beli beras dengan senyuman or bulu hidung? nak tak tokey terima? ok sebenarnya lelaki yg tengah menaip benda ni sekarang sedang dalam keadaan depress.. oh come on man buruknyer laki klu tunjuk muka depress.. yes saya setuju.. but I dun give a damn.. because I won't conform to what others like or want to see.. klu aku sedang membaca entry ini.. automatik ku fikir: bangang, klu benar nak kerja.. cari la.. dari asyik dok menunggu dan mengeluh.. Even God can't help you man..' hahah.. sedang ku mencari ni.. ku cari juga kerja.. jobstreet.. jobsmalaysia, jenjobs.. mara.. SPA.. SPP.. blablabla secara online, hantar resume situ, hantar resume sini..  mintak kat pusat tuition, dan blablabla.. ingat ku tak bertindak? ku pergi mintak GSTT kat sekolah sekolah.. red light.. tak guna cerita pasal ni, ku taip pun utk ku sedapkan ati ku aja.. bukannya ada sesapa paham emosi ku pun.. kat facebook rata rata orang mengeluh sini sana.. ada yang enjoy bekerja.. selaku eksekutif, selaku diver laut dalam, selaku ini selaku itu.. orang kata: sabarlah.. belum lagi rezeki kau.. word itu kasi depress tau tak? bukan aku aja yang berkeadaan sebegini.. malah ramai lagi yang lagi susah hati dari aku.. orang kata selagi kita percaya, selagi itulah harapan ada.. percaya itu faith.. dan benda itu ibarat petrol.. klu abis dah bekalan, maka merosotlah prestasi fizikal dan mental.. ku terkejut bahawa satu satunya orang yang memahami aku adalah ayah aku.. sekali dia kata: boy, sabarlah, ku tahu ko frust kerana jobless.. itu bapak tau tak? yang jarang sekali rapat ngan aku apatah lagi bercerita seperti mana ku cerita ngan kengkawan.. family yang lain.. rakan rakan bukan tau pun muka sebenar aku.. depress adalah salah satu word yang paling sesuai untuk menggambarkannya. tadi ku minum secawan milo, ku duduk di hujung dapur, ku lihat sebarisan semut hitam lalu lalang di depan ku, sambil ku minum sambil ku lihat mereka bekerja.. oh kerja.. benar kata rakanku, time sibuk kerja, mengeluh, tapi klu jobless, lagilah frust.. kata orang: sabar, Tuhan ada rancangan untukmu.. hmm itu ku no komen.. ku takkan nafikan sebab itu aja yang ku ada.. depress + boring + frust + tension.. itu semua emosi negatif.. sungguhpun aku tahu.. namun nak menukarkan situasi itu bukan sesenang yang dicakapkan.. ku salu fikir positif.. positif positif = negatif yang tiba, positif positif, negatif yang melanda.. dalam 10, 2 kali aja positif yang ada,.. macam matematik.. kiraan 'kebarangkalian'.. nak salahkan kerajaan.. tadi ku buka news.. mereka kata mereka bukannya ada 'magic wand' untuk fulfill every people needs.. benar benar.. so nak mengeluh pada siapa? makin dibiar makin mudarat otak ku.. so disinilah thought itu ku buang.. dlm blog ni.. bukannya ada orang nak baca pun.. yang mereka tahu.. 'Deideian tu bukannya tahu apa apa.. hidupnya tiada masalah dan sentiasa senyum aja.. salah.. itu salah.. cis.. ku nak mandi.. bye..

Monday, March 21, 2011

Deideian dah start merepek dah nih.. jaga..

   Hello selamat malam, mm.. tersangatlah jarang bagi lelaki bernama Deideian untuk update blognya ini pada masa kini di dini hari, pergh.. macam pantun da.. ya kini saya ter'jebak' dalam kancah yang paling merbahaya untuk para bloggers iaitu penyakit ke'blur'an.. atau kancah 'ke'non-idea'an.. waisehman itu word baru tu, cepat sila catat ke dalam buku vocabulary anda haha.. pada masa kini saya lebih kepada blogwalking ( in secret mikret) dan membaca segala isi info yang menarik serta berguna untuk saya cerita dan kongsikan bersama dengan ahli keluarga, pelajar saya, ahli youth (kadang kadang), kengkawan saya dan lain lain. saya ada banyak short term yang harus, perlu, dan wajip dicapai tapi iyelah.. tulang ini terkena virus 'M.A.L.A.S'.. ertinya Man And Lelaki Are Sot.. weih acah aje.. korang ciptalah sendiri apa erti malas itu.. yang penting ianya memudaratkan.
   Seperti yang anda tau, recently saya bergiat dalam sektor KOMIK. yes komik.. setakat ini syukur Thank God saya berjaya hasilkan 2 chapter.. tapi yang tak bestnya, saya hasilkan komik itu hanya untuk suka suka. everyone work and aim for reward right? klu la saya dapat hantar karya saya ke sesebuah platform/syarikat atau dimana saja boleh saya terbitkan hasil karya saya itu. Dijamin 110% saya pasti dapat tewaskan Akira Toriyama (mangaka DragonBall) dan Masashimoto (mangaka naruto). nak buat lagu baru.. hmm.. dah tak minat dah./. lagu baru ada, 3 buah, nak buat apa? bukannya ada orang nak terbitkan pun? lagipun ramaia dah berkecimpung dalam bidang ini.. tapi lagu saya 2 buah telah pun berjaya dimainkan a.k.a diterbitkan sewaktu menuntut di Universiti dahulu.. cewah.. komposer cikai aja.. Thank God juga kerana lagu itu dijadikan doa sewaktu konsert GPK dahulu..
   Dan sekarang ini saya mula belajar mengenai penulisan novel, uih interesting nih.. sekarang ni tgh explore la.. lazimnya bila saya mencuba sesuatu yang baru, pasti dapat buat sehingga berjaya sebanyak dua atau tiga kali.. kalau mendatangkan hasil $$.. dijamin berterusan seperti mana saya meneruskan perniagaan jual baju jersi bersama rakan saya.. ialah dah nama ia menguntungkan (ikut musim bola la, sekrang ni musim belacan) everybody pasti akan teruskan ye tak?. saya ada membeli sebuah buku yang mengajar bagaimana menjadi seorang penulis bebas yang kreatif serta berjaya, now I'm on the way to finish it. saya bercadang (telah pun bermula dengan beberapa perenggan) menulis dengan bahasa melayu. saya aim untuk cerita pengembaraan fantasi + romance + pertarungan + komedi. tapi baru saya sedar punya sedar, rupanya bukan mudah seperti yang dijangkan bila nak hasilkan novel ni, apatah lagi buku cerita kanak kanak, tapi klu bercerita hantu dengan anak anak buah dan kazen saya yang masih hingusan, handl plak saya mereka cerita hantu yang tipu tipu. klu dicompactkan kesemua cerita mengarut saya, boleh dibuat ensiklopedia tu.
   Buat masa ini saya bersyukur kerana 'dipercayai' oleh orang orang tua dlm menjalankan pelbagai jenis amanah seperti ini dan itu sehingga tak menang tangan (I need help). dengarnya seronok tapi pada masa yang sama, kita rasa gemuruh jiwa, semangat membara mcm lagu Tahir tu. kerana kita berpeluang untuk menimba lebih banyak pengalaman bersama golongan veteran dalam bekerja serta membuktikan pada diri bahawa kita selaku young adult juga berkebolehan untuk acara yang serius.
   Wei wei wei wei, asalnya saya bercadang nak tulis dua tiga baris aja.. ini suda lebih nih.. ha ini yang saya malas bila dah start menulis, tangan lalu automatik terus menaip tanpa disedari.. banyak sangat yang nak diceritakan disini.. haih agaknya bagaimanalah gadis yang bakal berkapel dengan saya ini di masa hadapan, pastinya telinga dia bengis mendengar saya ni pok pek pok pek.. bengis? ei bukan bengis garang itulah.. bengis yang saya maksudkan disini adalah sakit telinga.. ah sudahlah!! makin bercerita makin merepek jadinya.. bah.. see you..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers