Helo semua, apa khabar kamu di sana? kebelakangan ini cuaca di tempat saya (Miri, Sarawak) asyik asyik hujan.. nak sidai pakaian pun susah (bukan saya yang sidai pun ^^), apatah lagi nak keluar bermain. tadi semasa saya pergi ambil adik saya balik dari sekolah, hujan turun dengan lebat. Sangat lebat sehinggakan visual range adalah di sekitar 10 meter ke hadapan (cewah, macamlah accurate sangat calculation ku ini). tanpa berlengah lalu saya kenakan baju rain-coat warna kuning ditambah dengan google besar. semua yang lalu disisi jalan, makcik2, pakcik2, and anak2 kecik yang balik sekolah sempat menoleh dan tersenyum-senyum melihat fesyen saya yang anggun ini. (ala jeles ler tu). tapi saya buat derk aje and terus memaju motorsikal honda wave kuning saya ala-ala kamen rider menyusuri jalan raya.
ah, apa macam? boleh jadi filem nih..
Well berikutan dengan peristiwa yang berlaku di atas, maka terbitlah idea untuk saya menulis tajuk untuk entry kali ini.. jeng jeng jeng.. mengapa lelaki tak suka pakai payung? hahaha.. Deideian2: ko lupa letak "kebanyakan" dan bukan "mengapa", "kenapa" lah!! eii samalah tu.. bah, jikalau anda yang sedang membaca ini adalah lelaki, well u all know lah the reason kan? seperti yang nyatakan di atas.. "kebanyakan", take note dan jangan buat bantahan or tuduhan melulu. article kali ini adalah based on my experience living as a noble man (pergh) for 24 years.
Disebabkan saya mengajar tuition di rumah (tak tanye pun), and so saya mengambil peluang untuk buat satu survey berkenaan topik ini. so dipendekkan cerita yang memang dah pendek ni, maka data yang saya peroleh dari esei budak budak saya tu menunjukkan beza pandangan orang lelaki terhadap "keperluan" dan "fesyen" serta erti "bergaya" mengikut peringkat umur.
Well girls, take note ya, jangan asyik asyik sebut (takda kena mengena dengan aku), sbb klu korang nak tau sikap disebalik tabir seorang lelaki, nah ini saya jelaskan. sbb takut nanti bila dah kawin apa semua, and tetiba time korang balik kerja ke, balik dari klinik ke, dari kedai atau pasar ke, and tetiba hujan lebat, tapi rumah dekat jer. then korang call lah Laki korang (in condition korang dah beranak empat dah dah tak seksi lagi dah), nak ke laki korang? kebarangkalian 1/3 dari oprang lelaki akan berbuat begitu, yang selebihnya bila korang call, jawab si dia bakal berbunyi begini: "ala yang, ni tengah layan bola ni, game penting nie, ayang balik sendiri yek?/ ayang tunggu jer sampai hujan reda yek?". nah.. hah? tak percaya? okay fine, sekarang jer korang akan berada dalam kebahagiaan, love love romantis, makan petai pun leh dianggap sweet time bercinta. well tak kisahla kan? hidupku, hak ku la!. ok ok, memang, tapi ini hanya untuk makluman, well if u all (the wanita) dapat mengekalkan bentuk tubuh yang langsing dan seksi lepas dah beranak and kahwin berbelas tahun. okay, bahagia u all.. tapi klu sebaliknya, hahaha.. kita sama sama ketawalah.
Okay let's begin, seperti mana yang anda (the wanita & lelaki) sedia maklum, spesis kami ni terdapat banyak jenis, anda boleh kaji dan susunataurkan jenis jenis ini mengikut pelbagai kategori malah mengikut rangking lagi. klu anda mahu lah, takda paksaan. begini, terdapat 7 perkara paling asas yang diperlukan malah mungkin ada lelaki yang tidak menyedarinya, perkara itu adalah; bernafas, makan, tidur, air, sex, berak dan terakhir sekali adalah ( sangat sulit, lebih molek kalau tak disebut). Lelaki ini telah di-design sejak azali dengan software yang bergelar "tahan lasak". ketahanannya itu depends la dengan hasil genetik yang diperoleh dari parentsnya. n koromosom blablabla etc, u knowlah. That's why di peringkat awal umur iaitu dari bayi hinggalah umur peringkat awal remaja, anda akan/bakal/sering lihat bagaimana orang lelaki berinteraksi sesama sendiri, lazimnya mereka berkomunikasi guna tangan.. ei sungguh tak bertamadun kan? dari umur 1 hingga 3 atau 4, manusia (wanita & lelaki) tak takut api, malah dicapainya api itu sambil liur meleleh segal menyangka api itu makanan. perilaku manusia berubah seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan minda (berlainan kelajuan/temponya berbanding lelaki dan wanita). and blablablabla pasal sains ini esok pun tak kan abis.. bah saya skip..
Orang lelaki ini rasa dirinya kurang macho bila tak pakai payung? setuju? klu saya, saya akan jawab Yes and No.. aduh~ yes and no lagi~ iyes benarlah, sini saya terangkan.. begini, klu lelaki itu sejak kecil lagi telah terdedah dengan persekitaran luar (selalunya budak kampung seperti saya), sering bermain dengan rakan sebaya and blablabla, kanak2 lelaki akan develop satu pemikiran dimana paternnya sama dengan kawan kawan sebayanya. contoh; kanak2 berusia 8 tahun (adik saya and cousin kami) dan rakannya, bila hari hujan lebat, rakan-rakannya pulang ke rumah/pergi ke sekolah tampa payung dan baju hujan.. so terikut-ikutlah si budak ni tadi kerana baginya, klu guna payung pergi sekolah akan dianggap pondan sebaliknya anggapan itu salah sama sekali. Dan disinilah ibubapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan mambantu memperkembangkan pengetahuan serta pandangan anak2 mereka supaya tidak tersopeng terpesong dari fahaman yang songsang itu hihihi.. apsal ketawa? entahla.. saya kata Yes kerana memang orang lelaki cenderung terpengaruh dengan corak pemikiran sedemikian sehingga resultnya bermacam-macam dan salah satunya adalah "Tak Macholah pakai Payung", duh~
Dan sekarang mengapa saya kata No? well, orang lelaki ini kan banyak jenis, bagi yang jenis di atas itu, klu masih diperingkat kanak2 itu masih Hatchling namanya, dan adalah perkara biasa, tetapi jikalau pemikiran primitif atau dalam bahasa sepanyol ciptaan saya itu Stupidas, itu mereng namanya, ok nanti kita berbalik ke topik itu. Lelaki seperti wanita juga, klu kena jalannya, maka tidak akan sesat. Klu betul didikannya, maka stabillah pemikiran, tinggilah wawasan, penuhlah ilmu pengetahuan, berbudi bahasa dan beriman. hah ini yang susah nak cari ni, jarang nak jumpa lelaki sebegini, klu korang cari kat Google pun tipis peluang nak jumpa nak satu contoh lelaki terbaik adalah orang yang tengah menulis ini. (hmmp! perasan~) aie aie aie? oklah fine! aiseh hahaha..
Lelaki yang macho tahu apa itu macho dan tahu apa itu keperluan, justeru rangking mereka dalam sistem piramid lebih tinggi itu di rangking Safety, cewah rugged kan bunyinya? macam lagu rock. ok, begini, mereka (the lelaki of good quality) bukan sahaja tergolong dalam peringkat ini malah lebih tinggi lagi. di tahap ini,mereka mementingkan Penampilan diri, Kerjaya, Kesihatan, Keluarga (tak kisahla untuk isteri tercinta atau parentsnya), Harta, dan etc.. sebenarnya banyak yang kita boleh pelajari dan kupas based on fakta sebegini selain daripada mengetahui "kenapa lelaki tak suka guna payung" (bercakap sambil kupas buah oren). well satu persatu lah kan.. yang lain itu kemudian.
dah penat dengar saya berceloteh? ei belum habis lagi, bah sekarang jum ikut saya berimaginasi; Okay imagine lah seorang lelaki yang gagah perkasa, tapi sikapnya buruk, bajunya buruk, compang camping, dengar lagu trash entah ke apa nama, bercakap asyik2 sumpah seranah, emo ler tu, klu hari hujan, dan dia terperangkap di kedai, tapi dia nak pergi ke seberang jalan, sebelah kirinya ada PAYUNG hello kitty, sebelah kanannya ada GITAR ROCK. hah, nak ke dia ambil payung tu? ok jawapannya NO, hah tak percaya? ok cuba korang bayangkan seorang wanita yang ayu dan berbaju kurung, ui manis orangnya, sekali dia pergi kedai guna kereta, dalamnya terpasang lagu ROCK TRASH YANG SUMPAH SERANAH.. mak aih.. klu korang wanita tu, nak ke dengar lagu tu? nak! nak! lantak koranglah.. yang penting, apa yang harus ditekankan disini, penampilan seseorang tu menunjukkan sikap dan mentalitinya. bayangkanlah klu ada sekumpulan budak Hip-Hop tgh buat aksi B-boys, then tetiba datang kawannya seorang,. atau mak nya ke, datang dan cakap dengan salah seorang: "Muthu, pergi beli belacan? aiyoyoyo, apa ini baju? mana kain da?". hah, tak ke naya malu depan kawan?
LELAKI YANG AKAN PAKAI PAYUNG BILA HUJAN
heheh, yang ini salu kita nampak di TV, well, lazimnya lelaki yang bekerja dalam golongan "berkolar putih", tak paham? kerja opis la~ aiya, ataupun lebih tepat dipanggil "Lelaki Bekerjaya". mereka ni jenis yang matang(commonly) dan berfikiran waras. sebab? sebab klu time hujan mereka guna payunglah!! and mereka takkan guna payung hello kitty sebab? sebab mereka akan beli sendiri di kedai atau dapatkan dengan percuma di stesen pam minyak Shell atau Petronas dalam setiap satu pembelian 50 liter gasoline/diesel. imagine la, penat aku cakap, imagine la seorang yang segak bergaya, rambut kemas, pakai kot, beg bimbit/galas time turun kerja and berkasut hitam berkilat. klu boleh kasi cermin mata lagi supaya ala-ala Clark Kent.
mereka ni jenis sensible dan yes, 99% daripada wanita di muka bumi ini akan memilih lelaki sebegitu untuk dijadikan pasangan hidup atau boleh dapat yang lebih baik lagi. soalnya disini, janji seorang lelaki itu jenis yang bertanggungjawab, then itulah yang yang dijadikan BF/ suami. hah? salah? tak setuju? hah pergilah korang cari yang ada di sisi jalan, yang tengah stim-stim suntik dadah ke lengan sendiri, and bila ditanya "bang, taun ni taun brapa?" jawabnya "taun rimau kot?" ish.. bagi yang mendapat gambaran jelas mengenai apa yang saya kongsikan disini, syabas.. sbb klu main game playstation atau PC Game, korang dah UP LEVEL dah..