Wednesday, October 6, 2010

Rahsia mengenai lelaki yang patut diketahui wanita

   Okeh.. selamat sejahtera kalian semua.. kamu semua udah makan? ah? belum ya? tak pa.. pergilah ke dapur sebentar dan "tapaulah" nasi tu ke atas meja sambil mulut mengunyah sambil mata anda membaca entry saya ini. (Amaran: jangan tersedak ketika terkejut nanti). Ok hari ini kita bakal akan membincangkan mengenai perhubungan. perhubungan apa? perhubungan awam? aie bukan bukan.. topik kita kali ini adalah mengenai perhubungan yang kejap " I love you darling" kata Si Dara.. "I Lap you two suwit had" kata Si Teruna (teruna ke?) yang kureng dlm Ainglish nya..
   Well girls.. sering kali kita melihat di internet mengenai guide atau manual berkenaan dengan cara-cara mendapatkan teman wanita (untuk lelaki), cara-cara mengorat yang berkesan (ah, yang ini bakal saya kongsikan dlm entry yang akan datang, true story and pengalaman yang tulen lagi tu hihi), cara-cara memjujuk Si Dia, how to flirt, how to get love, how to make love.. opss.. and etc.. klu dikaji (anda boleh search sendiri di Google klu tak percaya) hanya sedikit sahaja guide yang berkesan dan dipercayai oleh Cop Sirim khas untuk para wanita. Tak kisah ler anda berumur 14 tahun atau pun udah tua kerepot, berkesan wa cakap sama lu.. (umur 13 jangan, terlalu mentah untuk bercinta, lebih seswai pergi main anak patung la~).
   And so that's why kali ini saya akan menyediakan informasi serba serbi untuk anda the Wanita makhluk Tuhan paling seksi.. yaw~. Para lelaki: Hey hey hey hey! apa ni bro? tak macho la! "ah!!! diam!!! ssshhh!! jangan ngengada.. sit down and duduk properly" kata Sang Saya kepada lelaki yang Egonya seperti Katak yang dicemuh suaranya tapi masih lagi berniat nak masuk Malaysian Idol.. aduh..
  sebelum saya bermula, saksikanlah gambar yang aneh dan hitam putih ini ya? Wanita: mana? mana?, aie tunggu la.. nah..

   Ok, nampak tak? apa pendapat kalian semua girls?
Lelaki: ala kami dah ten..
The Saya: ahh!! Diam!! entry ini untuk wanitalah! sapa mencelah lagi!! dia adalah Pondan!!
Wanita: kami dah tengok dah cerita ini!! best taw... Wanita2: sapa kata best? tak lojik langsung!! Wanita3: yeke? best ke cita ini pok pek pok pek..
TeeeEEETTT!!! TeeEEETTT!! (bunyi buzzer ditekan dengan penukul, ei geramnyer) ehem ehem.. beginilah.. you guys ada nampak tak simbol "Love" dlm figure wanita dan lelaki tu? ha.. dah fa...?
Lelaki: tak semestinuya semua lelaki begitu!!
Lelaki2: yeah! ada juga lelaki yang serius dlm Cinter taw.. auw..(sambil menggosok kuku pondannya).
Eii.. korang nih.... nak kena Fire nih.. nah kau!!

So inilah faktanya: saksikanlah..
Perkara 1 bahagian 9 Ordinan 12: Lelaki adalah sejenis Makhluk yang Stret to de poin. ler.. ku cakap bahasa Perancis plak.. "terus ke dasar cerita/matlamat", betul ke translation ini? Korek me if I'm Rong okay? sudah menjadi satu lumrah alam bahawa Lelaki ini telah Di Design oleh Yang Maha Kuasa sedemikian Rupa. Wanita: mengapa? apa kena mengena dengan kami? Ei sabarlah.. ok ok ada gak Lelaki yang jenis puitis dan berkebolehan dlm membaca gerak geri spesis anda the Wanita.. but the rest is set on default you know? mengikut kajian ( saya dah baca 29 jenis artikel yang 28 setuju dan 1 membantah sebab dia perempuan, bukannyer laki pun). And so bila anda mengalami kesulitan seperti "Bocor" atau "Banjir". (lain kawasan lain istilah). katakanlah kepada Si Dia (klu dia sang kekasih la) and Lelaki yang mempunyai common sense serta berpengtahuan luas akan immediately faham lalu start enjin kereta lalu menghantar anda pulang ke rumah anda dengan segera. sebab kami lelaki ni agak waspada dengan Any Woman yang Banjir.. pengalaman mengajar saya yang pernah diherdik oleh 4 kawan perempuan saya tika di bangku SMK sehinggalah ke saat terakhir saya bergelar Universiti student..

Lelaki ini sejenis makhluk yang cenderung terhadap image yang mereka first nampak.. maksudnya Kami adalah visual creature. that is why rata rata mengatakan; "eleh lelaki, dasar mata keranjang (translation: basketball eyes), buaya darat! cuma mementingkan body yang cantik aja!". well statement tersebut kalau ditujukan kepada saya, saya akan menjawab yes and no.. Yes sebab penampilan adalan peting, tetapi bukanlah segalanya, dan anda tidaklah seharusnya menyalahkan kami the lelaki semata-mata kerana dah nama kami di design sebegini.. kalau yang tidak itu.. bermakna software mereka dah upgrade la tu (lelaki yang budiman serta mempunyai pegangan agama serta moral yang tinggi).. tapi jenis tersebut adalah jarang.. sangat jarang.. dan ada yang berpura-pura. Justeru saya menyaran kepada anda wanita di luar sana agar berhati-hati tika memilih pasangan.. bagi yang sudah berpunya; well, cinta itu adalah sebagai mana anda merasainya, kalau anda bahagia.. Amin saya doakan moga itu berkekalan, kalau anda menderita kerana si lelaki itu, maka ada sesuatu yang tidak kena.

   Lelaki ini adalah makhluk yang terdekat dan model manusia pertama dicipta oleh yang maha esa sebelum wanita. betul tak? dlm bahasa inggeris kami lelaki dipanggil sebagai Man, manakala wanita adalah Woman. Man juga merujuk kepada manusia dlm terma bahasa inggeris. dan sifat semuala jadi kami sebagai lelaki, tak kiralah dari yang berlagak sombong hinggalah yang alim serta berbudi bahasa, kami semua mempunyai satu sifat yang sama. iaitu sentiasa ingin menang. setuju? bagaimana dengan anda(wanita) yang mempunyai boyfriend, pernah anda alami situasi sedemikian? that is why, lelaki bila bergaduh dengan girlfriendnya.. resultnya terbahagi kepada dua. bagi yang hot temper and low dalam interpersonal skill nya, maka dia akan membantah dan melawan sehabis-abisnya sehinggalah dia menang. tak kiralah samada dia betul ataupun salah. bagi yang lebih bertamadun, mereka akan menangani situasi ini dengan tenang dan mencari kelemahan anda wanita dalam berbicara, pujuk-memujuk adalah satu senjata yang erhebat bagi para lelaki dan sekali anda terjerat, maka Check-mate lah anda. kalau teman anda itu betul, maka tak rugilah, kalau dia yang berbuat salah contohnya dia curang, tapi anda tewas jua kpd pujuk rayunya. you knowlah..

   Sifat diri lelaki boleh saya katakan sebagai kuih karipap. Ei? kenapa pulak karipap jadinya? begini, kami ni keras di luar.. tapi dlm kita tak tahu la intinya apa.. sebab karipap kekadang intinya lembut kekadang kalau terlebih tepung maka luar dan dalamnya sama keras.. tetapi majoriti antara kami berintikan bahan lembut. No wonderlah statistik menunjukkan rata rata lawyer wanita yang berjaya, kebanyakannya kalah dalam perhubungan. sebab wanita yang petah berbicara boleh membawa kepada kebaikan dan keburukan.. kebaikan? kalau anda bijak mengucapkan sesuatu yang dapat merncairkan isi hati si lelaki, nescaya dia akan cool down dan mendengar apa yang ingin kamu sampaikan, maka perhubungan berjalan lancar and happy ever after. tetapi bagi wanita yang petah bercakap (macam ibu saya) tetapi kekadang lose control dan tika dia bercakap, kata-katanya memang pedas dan totally triger the fire.. perbalahan akan berlaku dan kalau diteruskan.. retaklah cinta pisahlah kita.. no more love love for me and you anymore.. begitulah.. therefore sometimes although you're right, you need to let your Man to win once, in order to see your love survived.. kami lelaki sama seperti anda, kami ada maruah untuk dijaga. kalau kami salah, janganlah bertindak head on, be wise in your action.. dan pesanan ini juga ditujukan kepada para lelaki, jangan asyik nank menang aja.. hormatilah pendirian kaum wanita.

   Kaum lelaki ini menyukai permainan, apa apa jenis permainan yang menyeronokkan mereka, lebih lebih lagi kejar mengejar.. so bagi anda yang baru memulakan perhubungan atau ingin memulakan. kamu haruslah pantas bertindak berbanding kami. fahamkah? begini, andaikan si lelaki dan gadis ini baru kenal di sebuah pertemuan (tak kisahlah di restaurant atau parti). selalunya bagi lelaki yang amatur, mereka akan meminta nombor telefon (taraf lelaki yang masih mentah), bagi yang full fledge Jedi tu, well si lelaki akan memberikan nombor telefon kepada si wanita (situasi dimana wanita itu terpikat dengannya). so disini apa yang harus dilakukan? terima aja? yes you can do that.. exchange number? depends.. to be the first who call? No.. ok why? ok entry ini adalah untuk wanita, so biar saya terangkan.. kami lelaki ni kalau dah beri number phone, itu sign kami ada tersangkut dengan anda the wanita, but sesampai di rumah kami akan duduk, on TV, dan handphone/housephone di sebelah kami. kamu wanita tentu pernah terfikir," kenapalah orang laki ni suka sangat pergi pancing ikan?" well lelaki akan menunggu panggilan dari anda, seperti mana anda juga akan berbuat sedemikian.. sesiapa yang call terlebih dahulu akan jadi hantu dalam permainan kejar mengejar ini.. that's why peraturan  dlm Art of War, be patient and wait for the opening - Sun Tzu. tapi berhati-hati, sebodoh mana pun lelaki itu dalam pelajaran, tetap juga number 1 atau Ace apabila dalam permainan. (sila luangkan masa untuk mengkaji mengapa boyfriend anda suka bermain permainan Counter Strike, Duty of Call, Dota, red aler dan etc). kamu mungkin menang kerana jual mahal anda berjaya pada mulanya, tapi janganlah excited dahulu sbb Mereka yang leka akan kerugian - tak tahu siapa yang cakap.

   Ada 7 lagi fakta mengenai lelaki yang perlu diketahui oleh wanita tapi itu perlulah saya simpan sebab saya ini kan lelaki, maka rahsia itu tetap terjaga. saya bukanlah nak berdrama atau apa, but what's the life if you don't explore it your self. beginilah.. apa kata kamu (the wanita) pergilah menkaji based on apa yang saya hujahkan disini dan beback here to add more.. kalau betul, saya akan jawab.. kalau anda salah.. rahsia akan tetap membisu.. hehehe.. jangan biarkan hidup anda diselubungi Miss tree...

4 comments for this post:

Kristianne Wynona said...

i like ur post ! very the interesting! agree with all ur opinion!!! haha.

Deideian said...

ahahaha.. thank you kris.. saya pun tertawa bila membaca hasil yang saya karangkan ini... memula idea stuck, last last mencurah curah plak yang datang tika proses menulis berlangsung.. haha

luna qiszara said...

cara penulisan U ni best la..ahaha..really like it! x macam tips2 yg lain..

Deideian said...

hehehe.... kelainan adalah resepi yang sedap untuk minda dan mata..

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers