Selamat pagi kepada semua yang mengunjungi blog saya ini, dan selamat datang bagi anda yang baru menemui blog ini, baiklah ingin saya mulakan hujah saya pada pagi ini dengan memohon maaf atas sebab begitu lama tidak update info di dalam blog ini. bagi mereka yang ada add saya selaku rakan facebook mereka, tentunya mereka tahu akan sebabnya. beberapa minggu yang lalu, saya terjebak/terlibat dalam perkara yang amat penting dan sibuk sekali. kami sekeluarga telah berangkat/bertolak dari negeri sarawak ke semenanjung Malaysia kerana.. kerana? hehe, kerana saya menghadiri majlis konvokesyen Universiti Tun Abdul Razak ke-10 dimana saya selaku graduan ijazah sarjana muda pendidikan telah telah menerima scroll graduasi saya pada tarikh keramat iaitu tanggal 30hb Oktober yang lalu.
dalam blog saya kali ini, saya akan berbicara dan bercerita/membentangkan tentang pengalaman saya di negeri Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan menggunakan bahasa professional dengan anda kerana info ini adalah ama menarik untuk dibaca khususnya bagi mereka yang tidak pernah melancong ke luar negeri. saya juga bakal menyediakan satu lagi entry yang serupa tetapi ditulis dalam bahasa Inggeris agar pengunjung luar negara dapat mendapat manfaat dari info yang saya kongsikan disini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Unirazak yang dahulunya dikenali sebagai Unitar kerana telah memberikan saya peluang untuk berjaya dalam pelajaran serta pelbagai bidang yang lain. terus terang saya katakan bahawa sebelum ini saya adalah seorang yang agak pesimis dan bersikap menyendiri atau dalam kata lain, pendiam. kebanyakkan masa remaja saya habiskan dengan membaca buku-buku pelajaran, komik, dan majalah (ketika itu saya masih belum mengenali internet). tanggal 18hb Jun tahun 2006 saya telah memohon dan berjaya masuk ke Universiti Tun Abdul Razak pusat wilayah Kuching, Sarawak. bermulanya dari saat itu hidup saya mula berubah iaitu dari zero ke hero.. haha bunyinya agak melucukan tapi itulah hakikatnya. saya telah mempelajari dan menemui banyak perkara dan bangsa serta budaya. saban hari saya mempertingkatkan dan memperbaik kebolehan diri serta menimba ilmu dari pelbagai kawan, pensyarah, serta pihak pengurusan dan juga tidak terlupa komuniti di sekitar tempat saya belajar. justeru ini menjadikan saya sebagai seorang yang pro-aktif dalam pelbagai bidang. dalam entry kali ini saya akan memberi penghargaan kepada seberapa ramai individu yang boleh saya ingat. disini saya ingin abadikan logo Universiti Tun Abdul Razak sebagai tanda penghargaan.
saya ingin berterima-kasih dan bertuah menemui:
Prof. Dr. Mornie Kambrie - kerana beliau adalah seorang tokoh yang mengagumkan serta banyak memberikan inspirasi kepada saya untuk terus maju dalam apa jua yang saya citakan. yes Dr. selepas ini saya akan menimba lebih banyak ilmu dan berazam untuk menjadi seorang yang berjaya dan kaya baik dalam ilmu pengetahuan serta kerjaya/perniagaan hehehe.
Tuan Haji Marzuki - kerana telah memberikan kepercayaan dalam mengamanahkan saya tugas-tugas yang pada awalnya mustahil untuk saya lakukan tapi akhirnya tidak disangka berjaya juga saya laksanakan. hasilnya saya telah memiliki kemahiran dalam kepimpinan (MPM 2008) dan pelbagai memahiran lain seperti pentadbiran dan reka seni grafik, ah malang sekali saya belum berpeluang untuk bermain Badminton dengan Tuan dan sekaligus merampas gelaran juara hahaha.. mungkin lain kali.
Miss Josephine - dalam kebanyakan pensyarah, wanita inilah yang saya paling ingat, bukan kerana kecantikkannya (eh? hehe) tetapi kerana ketegasannya serta kepetahan nya dalam berbahasa inggeris serta berpengetahuan luas dalam bidang yang beliau ajarkan. saya masih ingat lagi sewaktu orentasi, gara-gara takutkan beliau, saya sanggup mengorek longkang sebelah kolej dengan tangan (dah biasa dah)kerana ingin mendapatkan cacing tanah.
Madam Halimah - terus terang saya katakan saya ini jenis yang tidak berminat dengan matapelajaran matematik walaupun saya agak cerdas dalam subjek berkenaan, akan tetapi cara penyampaian beliau di dalam kelas telah menjadikan saya seorang yang cemerlang dalam matapelajaran Statistik (kacangan dan sayuran ajer tu). justeru membuatkan saya berkeputusan untuk mengambil bidang matematik selaku major saya dalam bidang pendidikan. TQ Madam, bila nak belanja?
Miss Fareiny - lazimnya pelajar tidak berapa minat mnyertai bengkel-bengkel peperiksaan atau sebagainya kerana mungkin disebabkan cara penyampaian yang membosankan. tetapi wanita ini teramatlah sempoi dan membuka mata para pelajar untuk mendengar dengan penuh minat. saya juga ingin berterima kasih atas pimpinan beliau sewaktu saya bertugas sebagai exco biro promosi dan publisiti semasa Sukan Masiswa 2008 antara IPTS dimana Unirazak wilayah Kuching Sarawak telah dipilih menjadi tuan rumah bagi kesemua kolej dan IPTS waktu itu. saat yang amat membanggakan. kenangan manis bersama rakan-rakan yang lain dalam kepayahan menyiapkan tugasan, akhirnya menjadi kejayaan (saya telah bawa balik poster dan Bunting yang saya cipta ^^). Miss Fareiny juga adalah seorang bloggers yang tegar dan ahli akademik yang cemerlang.
Encik Moses - bagi sebilangan pelajar di Unirazak sarawak, kemungkinan hanya segelintir sahaja yang ingat nama ini, tetapi kesemua batch 2006 dan sebelum saya mengenali beliau kerana sikapnya yang prihatin dan perlakuannya yang serius tetapi rock pada masa yang sama. sewaktu penubuhan Persatuan Mahasiswa Dayak Unitar pada awal tahun awal tahun 2007. kami adalah barisan ahli yang pertama (pioneer dan founders) dan beliau adalah penasihat kehormat bagi persatuan bagi. sewaktu itu saya telah dilantik sebagai Naib Bendahari dimana saya berpeluang mempelajari selok-belok tugasan sebegini dan juga corak pentadbiran serta cara pengurusan. sekarang ini beliau telah mengajar di Negara Arab Saudi. ah terlupa saya dimana letaknya kota tempat beliau berada. kalau diberi peluang pasti saya akan bertemu dengannya lagi.
Miss Jumiah - ini dia Iron Lady merangkap Pegawai HEP di Unirazak, well saya telah belajar banyak perkara dari beliau. cekap dalam pengurusan dan senang dalam pergaulan. seseorang yang sangat teratur=sistematik dalam semua perkara.berpengetahuan luas dan petah berbicara serta sumber inspirasi bagi sesiapa yang bercita-cita tinggi dan lebih tinggi dari beliau seperti saya sendiri hahaha.. weh Miss, saya bercita-cita nak jadi ahli perniagaan yang kaya. doakan perjalanan saya ya, kalau saya berjaya confirm saya belanja Miss dan rakan-rakan lain pergi makan di Ciken Harts.
Encik Rahman Borhan - lebih dikenali sebagai Abang Man dikalangan para pelajar, sangat banyak membantu saya sewaktu kesusahan, juga merupakan penasihat bagi Kelab Muzik dan Seni di Unirazak. saya dilantik menjadi naib ketua exco reka dan grafik sewaktu menyertai persatuan ini. Unirazak seringkali menganjurkan pertandingan seperti sukan, karaoke dan sebagainya. dan beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dalam soal nyanyian kepada para pelajar dan juga saya. hehe, Abang Man, ang pau lai..
Rakan-Rakan (disusun mengikut aturan individu pertama ditemui sehingga akhir)
Chai Chang Li - rakan saya ketika bersekolah di SMK Luar Bandar Miri, kami bertemu semasa proses orentasi, seorang yang kelakar dan gila-gila, baik hati dan punya banyak pengetahuan isu semasa. dijamin pasti ketawa kalau anda mengenalinya. juga tidak lokek ilmu tetapi hendaklah lebih pintar jikalau ingin berbicara dengannya kerana nescaya pasti diperlekehkan kalau terleka. hahaha
Nicholas Rekan - juga seorang bloggers yang tegar, seorang yang tegas, merendah diri, dan berpengetahuan luas dalam bidang pelajaran serta muzik. bercita-cita tinggi dan berwawasan juga. Dia ini sukakan cabaran dan tekanan, makin tegang sesebuah situasi, makin bagus prestasi ditonjolkan. pemuzik yang handal, bersama saya kami telah menghasilkan beberapa buah lagu berjudul 'we come to you" dan "bebaskanlah". merupakan salah seorang pengasas dalam kugiran "Arrow of Christ". seorang yang pro-aktif.
Valentine Donny - rakan baik yang pertama, agak garang tetapi mudah sejuk, seorang yang berkebolehan dalam pelbagai bidang khususnya kebudayaan dan nyanyian serta persembahan. seorang yang agak petah berbicara dengan sesiapa yang mengenalinya. bermatlamat tetapi kadang-kala agak gila-gila. hanya mereka yang mengenalinya sahaja yang tahu personalitinya.
Larry Cassidy - tua setahun dari saya, berjiwa pemimpin dan berkebolehan dalam pelbagai bidang melainkan soal pengiraan ( saya sahaja yang terer hehehe), berdaya saing dan sentiasa mengambil selangkah ke hadapan berbanding orang lain. bercita-cita tinggi seperti rakan-rakan saya yang lain. saya gelarkan dia sebagai "Ensiklopedia" bergerak kerana dia bukan sahaja berpengetahuan tinggi, malah juga mampu menguasai banyak bahasa. anak kelahiran Limbang dan berbangsa Bisaya. tetapi bahasa Ibannya sangat lancar.
Stanely Brenstan - seorang yang pro-aktif dan bersikap "just do-it", pemandu yang handal walaupun ada waktunya saya ingin menjerit ketika menumpang dalam kereta dia. pemuzik yang handal dan merupakan salah seorang anggota AOC. juga merupakan salah seorang yang menggubah lagu bersama saya. Anak kelahiran bidayuh+iban.
Moon Zappa - individu ini saya anggap sebagai saudara saya sendiri kerana sikap keprihatinannya terhadap permasalahan orang lain, baik hati dan sentiasa bersikap tenang dan bersahaja. cemerlang dalam pelajaran dan genius dalam kebanyakkan subjek. seorang yang perahsia dan bersikap " air yang tenang jangan disangka tiada ultraman". jika anda bertemu dengan dia, jangan sesekali bersikap sombong kerana itu adalah tindakan yang foolish. hahaha
Kelvin Harry - perwatakkan hampir serupa seperti Chai Chang Li, berpengetahuan tinggi, susah diteka apa didalam isi hatinya namun mempunyai banyak kebolehan dalam pelbagai bidang. muda setahun dari saya namun saya sendiri banyak belajar dari individu ini. genius dalam permainan komputer khususnya dari segi permainan yang melibatkan strategi dan taktik. seseorang yang berdaya saing dan bersahaja namun bercita-cita tinggi. pengasas kepada pertandingan "counter strike tourney" pada tahun 2008. seorang yang diam-diam ubi berisi, menurut kata orang sarawak : "boh ko eksen eksen mun jumpa ngan nya" translation = jangan sesekali bersikap bongkak apabila bertemu dengan ilmuan sebegini hahaha.
Jeremy Edward - kami berkenalan sewaktu sukan Unitar 2007, kemudiannya menjadi rakan bersama Kelvin dalam mengasaskan pelbagai jenis pertandingan dan ekspedisi meredah hutan. seorang yang teratur dan bersistematik. cekap dan mahir dalam soal komputer serta perkakasan elektronik. mampu mengendalikan pelbagai jenis kerja dalam suatu masa, berkebolehan tetapi short - temper juga hahaha.. sabar kawan. sewaktu keramaian, dia seringkali dipilih menjadi tukang barbequ. juga mahir dalam soal pengaturcaraan program komputer serta handal dalam selok-belok mengendallikan enjin motorsikal.
Ghemmillian Hii - satu-satunya manusia yang mempunyai stamina "unlimited", handal dalam pelbagai jenis sukan. jangan dilawan kalau anda ingin bertanding main bola sepak, badminton, berenang, dan apa sahaja.soal pelajaran, dia lebih mengkhusus dalam bidang matematik. sangat pelupa dan petah berbicara. berdaya saing dan seorang yang kelakar. kalau dia mewakili Malaysia ke persada sukan Olimpik, dijamin pasti pulang dengan 20 medal emas ditangan.
Nobert - tua beberapa bulan dari saya, satu-satunya invidu yang sangat cool dan bersahaja, pemuda impian setiap gadis kerana sikapnya yang bersahaja dan macho (natural, not control punya). seorang yang amat berpengetahuan tetapi jarang menonjolkannya, dia memilih untuk mendengar sebelum menyatakan pendapatnya yang sentiasa bernas. saya hanya dapat simpulkan sikap dia dalam sebuah pantun:
kalau tuan pergi membajak,
jangan lupa membawa besen,
kalau jumpa Nobert yang bijak,
janganlah engkau nak tunjuk eksen.
Raphael Barita - seorang yang ceria, berjiwa pemimpin dan beperwatakkan seperti Larry Cassidy. handal dalam soal nyanyian dan persembahan dan seorang yang amat kreatif dalam melakukan sesuatu perkara. merupakan bekas YDP MPM sesi 2009/2010. dengan adanya kehadiran dia, suasana pastinya menjadi riuh dan ceria. handal dalam bidang masakan seperti selebriti Jamie Oliver di saluran TLC.
nah, demikianlah beberapa orang rakan yang dapat saya senaraikan disini, saya memohon maaf bagi mereka yang tidak saya sebut kerana jumlah anda terlampau ramai namun tetap saya hargai. masing- masing mempunyai personaliti yang berbeza dan hebat dalam bidang masing-masing. tidaklah dapat saya sertakan kesemua sekali disini kerana ratusan anda di Unirazak sarawak adalah rakan-rakan yang saya kasihi.
dengan ini, saya ingin melabuhkan tirai kenangan bersama warga Unirazak dan mudah-mudahan kalau umur panjang, kita pasti berjumpa lagi. sekian sahaja dari saya dan nantikan episode seterusnya mengenai pengalaman sewaktu konvokesyen dalam entry seterusnya. salam.
3 comments for this post:
Deideian Bangga : Sorang yg sgt lucu... Suka mengeluarkan bunyi yg menarik.. Paling best dia akan menjadi sgt excited bile dpt mempelajari bende yg baru.. Bukan itu sahaja, die juga mempunyai semangat juang yg tinggi, cthnya, sanggup kluar umah pagi2 buta nak beli buku Harry Porter, sggp berada dlm bilik beberapa jam kerana hendak membaca buku, paling best, makan mee magggie, dia akan buang kan supnya, sehingga saya pun terpengaruh hingga ke hari ini.. minuman kegemaran MESTILA MILO AIS...
Sukar utk d baca apa yg d fikirkan nya... Suka membantu adalah sikap semulajadinya, Never say No, that was he is... Wht else?? Hurmmm....
He love super hero muvee.. He living his life simple but cool...
eh? awk kenal sangat dengan saya.. sapa tok neh? nuan ka larry? moon? give me a name aaa!!!
larry nyak...serumah d langkau biru sidak ya..
Post a Comment
ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^