Wednesday, August 1, 2012

Guru, Kelas Jahanam dan Syurga, Impian dan Usaha

Hai, malam malam begini timbul pula inspirasi untuk menulis dan kali ini adalah dalam bahasa melayu, terlampau banyak untuk diceritakan tetapi entah hendak bermula dari mana. makanya saya akan menerangkan serba sedikit tentang aktiviti atau keadaan yang berlaku pada diri saya kebelakangan ini. beberapa bulan yang lepas, saya menjawat sebagai Guru Ganti di sekolah lama saya dahulu iaitu smk riam, miri, kali terakhir saya menjejakkan kaki di sekolah ini dulu adalah pada tahun 2005, kini kembali semula tetapi berkhidmat sebagai guru. saya sebenarnya tak berapa suka menjadi guru, suka mengajar tetapi menolak untuk membuat paperwork dan segala tugas tugas lain yang melecehkan, tapi apa boleh buat, dah namanya kita bekerja, dan bekerja bermaksud berkhidmat dengan orang lain. tak kiralah kita ini di sektor swasta atau awam.

maafkan saya kerana selain daripada rekod bertulis, saya tiada sebarang gambar mengenai smk riam yang terkini untuk dipersembahkan disini melainkan di smk lopeng tengah, ya kini saya menjadi guru ganti di smk lopeng tengah, sejurus selepas saya ditamatkan perkhidmatan di smk riam, saya mendapat tawaran mengajar di smk lopeng tengah seminggu kemudian, dan blablabla, saya mengajarlah seperti biasa. kali ini mengajar subjek killer iaitu mathematics, serta dua lagi subjek senang iaitu sivik dan... ict, tetapi ict bertukar jadi PBS untuk math pula atas sebab sebab tertentu yang tidak boleh saya dedahkan.


********************************** Kemurungan ************************************

element terpenting dalam hidup manusia adalah perasaan teruja, cabaran, kegagalan, dan paling penting, inspirasi dimana benda benda ini mewujudkan sub-elemen lain seperti tekad, azam dan sebagainya, hahaha mungkin ada diantara pembaca saya adalah pelajar atau bekas pelajar saya sendiri dan saya teka mungkin mereka berfikir seperti ini

Pelajar saya: Apahal la cikgu ni mengarut tengah tengah malam begini?

wahai sayang, seperti apa yang biasa saya tekankan sewaktu dalam kelas, tolong dengar/baca sampai habis dan teliti dulu sebelum tanya, dan memanglah iya penulisan ini adalah dalam bahasa melayu, tetapi kalau kalian sukar untuk memahami, makanya anda boleh taip di google : rupa seekor beruk, dan kemudiannya download serta bandingkan dengan diri anda, sama kan? rupa yang blur.. ahahahaha maaf maaf saya mengarut lagi
bersama model dan juga seorang guru.. cun tak?

apa yang ingin saya sampaikan adalah hidup saya agak tersia-sia dalam tempoh setahun ini, cabaran dan keseronokkan itu memang ada, tetapi terlampau kurang.. kurang seperti.. sup bunjut ayam yang rasanya tawar seperti air paip tetapi tetap kekal bersuhu panas seperti mana sup sup yang lain. eh pelik betul simpulan bahasa yang saya gunakan. jadi saban hari menempuhi hidup yang sama. saya sentiasa bertanya kepada diri, soalan yang sama setiap tahun.

apakah ini adalah apa yang sentiasa dilakukan orang golongan average sepanjang hidup mereka?

bangun awal pagi, turun pergi bekerja, office hour from 9 to 5, kemudiannya keletihan dan tidur, makanya masa untuk luxury dan untuk melakukan perkara perkara lain menjadi kurang atau tiada. bagi yang sudah bekeluarga, itu lagilah teruk, no wonder statistik mengatakan bahawa sebahagian besar masa yang kita luangkan semasa muda iaitu dari peringkat kanak kanak sehingga berumur 17 adalah bersama guru, ibubapa hanya berjumpa dengan anak selepas jam 12, 1, 3, atau 6 petang.. bagi yang remaja, lazimnya selepas balik rumah, yang lelaki akan pergi bermain di luar, si gadis pula akan terperap di rumah/bilik sendiri.. atau tunggang motorsikal pusing satu kampung. jalan jalan ambil angin. oh jangan marah ya remaja! saya tidak mengatakan itu hal yang salah! cuba cek balik ayat ayat saya sebelum anda mengeluarkan statement yang kurang bijak, atau dalam abahsa saintifiknya: B.O.D.O.H.. orang orang tua pun sama, asyik fikirkan diri sendiri adalah betul, walaupun kalian lebih awal makan garam, tetapi adakah kalian SENTIASA BETUL? sikap keras kepala dan degil adalah modal utama bagi MAJORITI orang orang dewasa dan yang tua.. enggan menerima pandangan orang lain. bagi yang berfikiran luas itu.. SAYA RESPEK SAMA ANDA.
saya rasa macam Charlie's Angel pulak

********************************** Keseronokkan ********************************

Saya amat merindui kelas 2E saya di smk riam, pelajar disana aktif dan bertenaga, dan mendengar kata walaupun sikap nakal itu ada, itu normal lah, remaja under 15 dikatakan.. paling mencabar di sekolah itu adalah kelas 4C.. patutlah majoriti guru disana mengatakan hanya yang kuat iman saja boleh masuk.. sebaik saja saya masuk ke kelas itu, saya terus teringat satu cerita: CROW ZERO.. ya.. Kelas itu memang khas untuk aktiviti huru hara dan pertarungan.. dan... SAYA SUKA.. hahahahahahahahaha

sekarang ini di smk lopeng juga mengalami sedikit situasi yang serupa, cuma disini lebih strict dan sebagainya. saya amat menyenangi dan selesa bersama para pelajar 4I, walaupun kelas saya adalah 3K.. saya rasa saya lebih sesuai mengajar pelajar upper form, dan lebih sesuai mengajar subjek teori berbanding subjek pengiraan.. kerana saya ini tukang cerita.. saya dapati kebolehan Storytelling saya semakin hebat dari hari ke hari, dan mathematic menjadi semakin bosan bilamana saya melihat para pelajar saya menguap. oh menguap pulak saya sekarang.. haiz..

*********************************** Impian dan rancangan *****************************

ooh saya ada banyak impian, dan salah satunya adalah TRAVELING KE SELURUH NEGARA!!! DAN DUNIA!!! malangnya impian tersebut memerlukan kos yang tinggi, dan saya juga berimpian untuk jadi BUSINESSMAN!! sebut kuat kuat agar Tuhan dengar doa saya dan amen moga dikabulkan serta diberkati segala usaha saya yang sedang menuju ke arah matlamat itu.. saya kalau online, selain facebook dan blog sendiri, pastinya akan mencari info mengenai perniagaan.

ada dua benda yang harus saya capai secepat mungkin, dan modal yang sedikit diperlukan bagi membolehkan saya start-up business saya sendiri, yang pertama harus saya rahsiakan hehe, tetapi yang kedua adalah pra-pelancaran forex.. dimana syarikat ini membuka perkhidmatan akaun percuma kepada sesiapa saja yang berminat untuk menyertai, FREE OF CHARGE, tipu ka? saya sudah pun sertai dan mereka sudah bekalkan saya dengan modal online $100, macam main game, tak lojik bukan? oleh itu seperti saya kata tadi, sebaik saja saya temui SESUATU yang menarik, saya akan berhempas pulas mencari di internet, google, blog, website, youtube dan sebagai untuk mencari review atau apakah benda itu sebenarnya, selepas selesai mengkaji, TATADA~ saya pun sertai kerana saya tahu potensi mendapatkan keuntungan adalah berkali kali ganda, dan juga punya sedikit risiko yang boleh diterima bagi kategori orang baru.. apa? takut risiko? nah mana mana perniagaan yang mengatakan TIADA RISIKO, itu adalah scam, penipuan, tahi, celaka, dan sebagainya. mana ada perkara yang tiada risiko di dunia? cis.. penakut hahaha

apakah benda yang saya maksudkan itu? nah anda boleh tengok dan baca sendiri di SINI, pastikan anda boleh berbahasa Inggeris, kalau tak tahu, tanya kawan.. nah ini adalah link nya


tapi kalau saya, saya lebih suka klik foto ini, tampak cool

Oh ya sebelum terlupa, Tawaran Sign Up secara percuma akan tamat selepas 27/8/2012 ini nanti, selepas itu walaupun anda amat berminat ingin menyertai, perlu bayar $100, itu yang payah tu.. sudah terlambat peluang free, tetapi tidak apa, kalau anda kaya, it's no big deal, dalam bahasa manglish, small pieces of cakes.. hahahaha

Sub-entry ini khusus bagi mereka yang punya tekad dan azam untuk menjadi usahawan, membuka laluan hidup dengan kudrat sendiri, tanpa bekerja dengan orang lain, sebab itu seringkali saya ingatkan kepada para pelajar saya, bermain itu memang boleh, tetapi belajarlah juga untuk menghormati guru dan belajar bersikap serius bila kena pada masanya.. kerana sampai masa nanti, adalah kurang enak bagi saya terserempak dengan para pelajar yang sudah lepasan, bekerja sebagai kuli di supermarket, menjaga serbuk pencuci dan paket makanan mee segera, macam saya dulu, tetapi bagi kes mereka, itu adalah kerja tetap seumur hidup mereka, bila mereka menjadi ibubapa nanti, kasihan pula dengan anak anak mereka yang hidup dalam kemiskinan, melihat anak orang lain mendapat hidup yang lebih selesa, dan yang lebih menyedihkan, anak yang malang itu berotak cerdas, pintar, dan pandai dalam pelajaran, bayangkan jika si anak itu membesar, dapatkah ibubapa mereka yang dulunya pemalas di sekolah, menyokong anak mereka dari segi kewangan?

Memang.... Wang bukan SEGALANYA, tetapi... SEGALANYA PERLU WANG!! wahahahaha.. selamat beramah dan selamat tidur buat semua~






2 comments for this post:

NR said...

Selamat Kembali Ke Dunia Blog Deideian! GBU

Deideian said...

hahahaha, semampai par..

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers