Semenjak sabtu lalu, (betul ke bahasa saya ini?) rasa bosan semakin.. semakin.. er semakin berbuah? semakin membesar? menjadi jadi? apa apalah yang anda boleh fikirkan asalkan anda faham bagaimana rasa bosan itu terjadi. ada kalanya saya lepak sendirian di kedai kopi (lazimnya di station one), surfing internet dengan perkhidmatan wifi yang tersedia sambil meneguk segelas air hot chocolate. yah selain facebook, saya sering buka email, iklan kerja, serta beberapa blog yang lain. mujurlah saya sempat re-new balik domain blog saya ini, terima kasih kepada NetKL kerana menyediakan servis yang cepat dan mantap.
6 bulan yang saya pelajari tentang diri ini ialah, saya dapati saya boleh buat bermacam2 benda, bunyinya macam meninggi diri tetapi tolonglah, oh tidak sama sekali saya bukan berniat begitu, namun tujuan saya tulis perihal itu disini adalah untuk menyatakan kenapa rasa bosan itu wujud walaupun punya pelbagai kemahiran. nak cipta lagu? dulu zaman universiti, selalu cipta lagu dan buat rakaman ala ala MTV bersama kawan kawan, dulu selalu lepak di studio, jamming samada bersama rakan sama batch atau bersama junior.
Waktu di sekolah, siap boleh buat filem pendek lagi bersama pelajar, impian ini terlampau banyak sehingga otak menjadi.. menjadi.. er.. overload? overdrive? over heat? apa apalah.. saya merndui zaman remaja saya, saya juga merindui zaman ketika menuntut di universiti, tiada penyesalan dan kalau ditanya andai boleh diputarkan semula ke masa lalu, saya akan menjawab " saya akan pastikan segala aktiviti yang saya lakukan bersama teman teman dahulu, saya gandakan sebanyak 3 kali, andai kata teman ada 500 orang, saya gandakan sebanyak 3 kali lagi!!
Tahun 2012 hampir tamat, saya tadi berhenti sebentar dari menulis kerana sakit perut, justeru landing di jamban selama beberapa minit untuk melepaskan segala beban yang terperap selama ini.. (warna coklat cair)
dan terlintas suatu idea mengenai apa yang patut diletakkan d entry saya untuk har ini..
Deideian 1: apakata kita letak gambar2 lama? selaku refresh untuk kenangan yang sudah sudah
Deideian 2: ok gak, lagipun 2012 hampir habis, usia sudah meningkat tua, saya on saja
Maka selepas berbincang dengan diri sendiri, saya putuskan untuk meletakkan beberapa gambar silam yang terpilih untuk.. er tontonan semua? ( ada ke tidak orang baca ini, lantaklah), saksikanlah zaman gila saya
Pada Zaman Dahulu.....
Ini adalah sewaktu meraikan majlis perkahwinan salah seorang daripada rakan saya, tetapi kalau lihat foto ini, macam meraikan kejayaan filem baru pulak, wahahaha.. sekarang masing masing sudah berisi seperti disepu..
Saya lupa sudah tarikh gambar ini diambil, tetapi waktu itu hanyalah sebagai wakil sahaja, untuk menerima Pingat bagi Majlis Perwakilan Pelajar tahun 2009.. nothing special, cuma naik pentas dan senyum.. tetapi terima kasih kepada rakan yang share gambar ini bersama saya (rupa saya hensem dan comel tak?)
Saya paling suka waktu ini, waktu dimana majoriti penduduk miri berkumpul dan berarak mengelilingi bandar Miri.. Christmas Parade!!! penuh dengan manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum, diringi dendangan lagu lagu dari pelbagai gereja, niat saya waktu itu hanya untuk berseronok dan photography!!
Yang ini adalah sewaktu lawatan ke.. er.. pantai? entah saya tak ingat, yang pasti waktu itu perjalanan adalah amat jauh, dan bas terpaksa naik laluan bukit secara zig-zag untuk maju dengan selamat.. tetapi kami selaku penumpang relax saja (tipu, sebenarnya takut setengah mati), rasa seperti cerita Final Destinatin ketika itu.
Ini adalah sewaktu bersama ahli youth, pendek kata saya enjoy sewaktu christmas sahaja, yang lain hanya lebih kepada memerhatikan mereka dalam membuat kerja, huehuehue.. waktu itu tidak berminat dengan aktiviti seperti ini.. saya lebih suka aktiviti ganas dan lasak..
Seisi re-union kami pada tahun 2010? 2011? entahlah, tetapi syok kerana boleh lepak sehingga larut malam, hahahaha... sempat lagi bergambar di pantai dan skodeng sepasang kekasih yang sedang bercium waktu itu.. itulah gunanya DSLR.. hahahaha!
Waktu ini, saya berani cabar mana mana remaja zaman sekarang untuk bertanding berlari JARAK JAUH.. kalau lari pecut saya tak tahu siapa lebih hebat, tetapi zaman saya ini, hampir kebanyakkan aktiviti adalah melibatkan larian, walaupun tidak pernah dapat tempat top ten, namun saya dan rakan rakan mampu mengalahkan kumpulan askar!!!! hahahaha.. ternyata mereka bukanlah sekuat yang disangkakan..
ohoho, waktu ini adalah zaman mula menjadi gila bersama rakan rakan, waktu hujan pun masih nak bergambar, kamera jenis apa kah itu hah?
Saya berlakon malu waktu itu hihihihi, cis.. sebenarnya tak bersedia untuk digambar
Kamera sebenarnya dimana? waktu ini terlibat dengan Pesta Kuching, menari dihadapan Ketua Menteri dan para VIP yang lain... hoyo, macam hindustan
ahahaha, ini adalah ahli ahli Persatuan Badminton saya sewaktu di universiti, kelab kami ini agak aktif waktu dahulu.. hahaha..
Kengan bersama para komando, kumpulan Lok Lok walaupun di tempat terakhir, namun agak feymes kerana banyak gelagat aneh dan lawak kami lakukan bersama
Bersama Kontijen saya : Kumpulan Perdana dengan maskot Naga putih.. wahaha, saya selalu lupa pakai kasut..
Ini adalah Kelab Musc & Art di universiti, selain music, kami juga terlibat dengan pelbagai perkara yang best seperti model-tak-jadi photography hahahaha.. lucah betul aksi itu
Ini adalah sewaktu bersama kazen- mazen saya sewaktu berkelah di pantai, ohoho semuanya sudah tinggi tinggi, dulu sewaktu kecil gemar mendengar saya cerita hantu.
Unit Promosi, Publisiti dan ICT, merupakan unit terbesar waktu itu, terdiri daripada 11 orang ahli dengan 2 pensyarah selaku penasihat dan ketua, saya waktu itu agak tension dan nervous menjadi ketua biro, namun seronok kerana dapat melancong free ke beberapa buah institusi/kolej yang lain.. banyak pengalaman yang kami perolehi.. thank you Madam!!
Percutian d Pulau Manukan bersama rakan rakan, hahaha.. banyak betul pelancong asing disana, penat namun tidak terasa..
Sempat membuat sesi photography dalam tahun ini, 2010 bersama saudara saya selaku model, waktu itu adalah merupakan experiment buat kami dalam bidang photography, hahahaha, oh ya nama kumpulan kami adalah Gecko-Photo..
Yang bernama DDN itu adalah saya, ohohoho ini adalah crew crew pertandingan Counter Strike Musim ke-dua di universiti kami.. best woo dapat organise event seperti ini..
Saya dan rakan rakan sewaktu pertempuran di Pertandingan Counter Strike tahun 2010 di One Tj, Kuching.. hoyo ramai team waktu itu.. kami lawan sedaya upaya namun you know.. kantoilah juga apabila berdepan dengan kumpulan penganjur.. cis dah tau jadi penganjur, buat apa ikut lagi?
oh ini adalah last day saya berkhidmat dan sempat juga saya jadi guru pengiring untuk pelajar ke pameran Dinotrek, hahaha, kami sempat mencuri beberapa biji belon.
Bergambar bersama kumpulan 3 KRK di sekolah tempat saya bekerja, semoga kalian menemui haluan yang best best dalam hidup anda!! apabila kita berjumpa, pastikan anda sudah berjaya waktu itu.. dan belanja cikgu makan!!!
Kata orang, peluang naik pentas adalah jarang sekali, selalu gak saya naik pentas namun untuk menerima sarjana, usaha 4 tahun di universiti hanya memerlukan kurang daripada 10 saat di atas pentas sewaktu menerima sijil.. hoyo
Bersama pelajar2 dari SMK Lopeng Tengah, oh mereka ini lebih ganas dari saya, sapa yang ajar? ahah, saya rasa waktu ini saya nak masak cucur pisang campur bawang, apa rasanya ho? namun malang sekali resipi itu tidak dibuat.. hahahah
itu sahajalah yang dapat saya kongsikan untuk hari ini, oklah saya pergi dulu, nak makan nasi goreng, bye
written by Deideian
0 comments for this post:
Post a Comment
ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^