Wednesday, December 8, 2010

Youth Convention 2010, Borneo Tropical Rainforest Resort

Hello semua.. apa khabar? maaf kerana tidak update selama 4 hari ini, saya baru sahaja balik dari camp Youth Convention yang berlangsung selama 4 hari . Ia telah diadakan di Borneo Tropical Rainforest Resort, Lambir Miri, Sarawak. Butir-butir Konvensyen ini adalah seperti di bawah:



Tema: B-ExTra (Be an Example and Transform) 1Tim. 4:12-16
Objektif: Melengkapi Generasi Muda Yang Siap Untuk Menjadi Saksi Kristus
Yuran: RM50 (pekerja), RM30 (pelajar). Yuran termasuk penginapan dan makan minum selama 4 hari 3 malam.
Pengkhotbah undangan: Pastor Samuel Surendran ( Pastor ini sungguh Hebat!! Puji Tuhan kerana saya berpeluang menemukan tokoh sebegini dan menimba banyak ilmu pengetahuan daripada beliau.)

Penyelaras Program
1. Ps Sam P. Pengiran
2. Mathew Silek
3. Dorothy DH Sum
4. Diana L Sakai
5. Petrus Lasong



Sepanjang tempoh 4 hari tersebut, saya mendapat limpahan berkat dan pengalaman yang sangat hebat semasa menyertai program ini.. program ini terbuka kepada mana mana christian youth yang ingin meyertai dan program ini mendapat sambutan yang sungguh hangat daripada pelbagai pihak.. saya akui bahawa pihak Pastor dan keseluruhan AJK komiti yang menjayakan program ini ternyata telah berusaha dengan keras sehinggakan ada yang tidak cukup tidur, I salute you all.. and Thank God for all the blessing you've given upon all of us.. disini saya sertakan beberapa foto kenangan bersama pihak penganjur program..

Foto Bersama Pastor Sam Surendran


Foto bersama Pengerusi CO-10, Mr Mathew Silek, (dia juga Liverpool fans mcm saya!!)





Bersama Sister Dorothy, Iron Lady dan Chief Commanden dlm program ini.

Bersama Brother Alvin, Vokalis, Musician dalam lagu Praise and Workship (idola nih)







Bersama Saudara Tongki, Gitarist yang cool, sungguh bertuah dapat berjumpa dengannya.





Bersama Pastor Samuel dan isterinya Sister Diana.. kenangan bersama ahli Youth juga

Bersama kawan baru semasa convention, Saudara Paul (mamat nih tenang jer ), dari SIB On The Rock

Bersama Saudari Weeny dan rakannya

Baiklah.. berikut adalah suasana ketika berlengsungnya convention dan juga keadaan disekeliling resort, post ini sekaligus mempromosikan resort ini hahaha..

Suasana yang riuh dan meriah sewaktu Praise and Workship

disini adalah tempat penginapan untuk para peserta (lelaki dan perempuan tinggal di hostel berasingan)

Saya pun kurang pasti mengapa saya ambil foto ini..

Rakan rakan saya yang kepenatan semasa menunggu transportation, kebetulan ada tanda "Plastik Sampah" berhampiran.. er... suasana ini seperti.. ehehe


Demikianlah entry saya kali ini mengenai Youth Convention yang telah pun berlangsung pada 1 hingga 4 disember minggu lalu, ada banyak lagi gambar yang ingin saya paparkan namun selebihnya akan saya paparkan di laman foto facebook saya (Add saya kalau anda adalah salah seorang dari Peserta convention, taip aja "Deideian Dunstan" di bahagian search).

Sekian sahaja dari saya, salam sayang dan sejahtera kepada semua.. semoga Tuhan Memberkati anda..

Prepared by:
Deideian
http://www.deideian.com/

0 comments for this post:

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers