Monday, April 4, 2011

Hantu

H.A.N.T.U.. adalah entiti yang ditakuti oleh majoriti manusia (melainkan Paderi, Imam, Tok Sami, dan Pendekar Supernatural). tidak kiralah sama ada anda pernah lihat atau tidak hantu tersebut, asal bersendirian di suatu kawasan yang sunyi dan 'latong' (ertinya langsung tidak pernah dilalui oleh mana mana manusia serta bersuhu dingin semacam dan mempunyai perasaan yang kurang enak ketika menghampiri kawasan tersebut kerana persepsi yang 'common' terhadap hantu).. see? only in one word.. 'Latong'. bahasa apa tu? bahasa Iban dari negeri Sarawak.. selamat datang~ heheheh..

Ok berbalik kepada asal, hantu.. kenapa orang takut dengannya? adakah bila hantu itu datang, 'dia' akan jentik jentik lubang hidungm kita? atau adakah dia curi bantal kita tika kita tidur? ei... nonsense.. tidak sama sekali. Berpandukan cerita-cerita rakyat, hantu sudah wujud sejak zaman silam lagi. hantu dikenali dengan pelbagai nama, rupa, species dan jantina.. jikalau hantu punya Mykad.. konfem pening kepala pegawai pendaftaran negara menguruskan kesemuanya, ialah.. dahla mengerunkan.. dengan air liur meleleh.. sekali bila disuruh meninggalkan cap jari.. ada ke tidak jari mereka tu? manalah tau tertinggal pula jari si hantu kerana dek reput.

Pembaca: hek eleh.. cakap jer pandai jer pandai, entah entah dia sendiri takut

heheh.. setiap orang harus dan memerlukan ketakutan.. kerana tanpanya.. kita akan jadi Bodol dan bebal.. iyalah.. bayangkan anda askar semasa peperangan, anda dan saya terperangkap dalam situasi yang genting.. tiba tiba anda kata "cis.. saya tak takut! saya berani!!" lalu anda meluru keluar dan akhirnya ditembak dengan mesingan 54 kali sehingga jasad anda tinggal cebisan.. maka habislah cerita dan cinta anda bersama kejora, sebab konfem lepas anda meninggal, pastinya teman/girlfriend/boyfriend/suami/isteri anda ditackel oleh orang lain.. klu itu amoi cantik.. saya cop dulu.. hahaha

kenapa saya cerita pasal hantu ni? sebab saya teringatkan kisah dua hari lepas di waktu senja.. tika saya drive balik dari pasar di waktu senja.. (mm waktu tu rushing sebab ada kelas tuition untuk diajar).. so saya ikutlah jalan pintas masuk area kampung saya.. iaitu jalan penjara.. kebiasaannya di waktu siang jalan tu biasa aja.. waktu malam pun sama.. tetapi senja pada hari itu cukup indah dan menyeramkan.. senja yang berwarna oren.. yep.. tak paham? sah tak pernah kuar rumah.. atau mungkin anda di negeri kemboja atau england.. hmm.. maka tika saya drive lalu ikut kawasan tersebut, mata saya mula meliar ke kiri dan kanan.. saya tension kerana pergerakan semak yang tebal di kiri kanan saya. 'eih apsal seram bangat ini deh? yerr.. drama queen betul..' ketika lalu di kawasan perumahan yang tidak berpenghuni (dekat dengan simpang masuk area penjara miri).. tiba tiba ada seekor ayam hitam try nak melintas dari sebelah kiri jalan. kata orang klu ada kucing hitam melintas.. ertinya 'soi'.. so masa tu senja, hari berwarna oren kemerahan.. lalu ikut kawasan yang agak 'angker'.. ayam hitam nak melintas.. maka saya pun 'too fast too furious' lah.. hit accelerate pedal sepenuhnya dan 'KIOK!!!" ayam hitam itu pun terorist win hihihi.... sayangnya klu disembelih konfem dapat jadi kentaki kfc.. oleh itulah saya research pasal hantu malam malam sebegini.. oh disini ada video mengenai hantu di malaysia.. alkisahnya tentang seorang wanita yang drive sendirian di waktu malam.. ini kisah benar.. so jangan pasang speaker kuat kuat ya? nah..

Hantu



jumpa lagi~ heheh
Deideian

0 comments for this post:

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers