Tuesday, April 26, 2011

semakin hari semakin..

tadi semasa mengajar anak anak murid saya di kelas tuition, sesi pembelajaran kami tergendala akibat dek terlalu leka dalam sesi bercerita, dan tukang berceritanya adalah saya.. oh perbuatan sedemikian sememangnya tidak profesional tetapi agak menyeronokkan..  ini menyebabkan saya mengimbau kembali kenangan saya sewaktu saya mula mula mengadakan kelas tuition di kampung pada awal tahun 2004. murid murid saya begitu gemar menghadiri kelas saya kerana mereka taksub untuk mendengar kisah kisah dongeng (cerita rakyat) dari saya.. haiz.. panjang juga intro kita ni ye? ehem.. tukar channel lah

Ok hadirin sekalian, intro yang saya ceritakan diatas tadi tiada kena mengena dengan tajuk entry saya kali ini.. oh ya, sudah dekat dua bulan lebih dah saya tidak upload apa apa kan? jahat betul..kasi baling dengan lobak.. kita ni nak marah siapa sebenarnya? heh.. tahun ini keaadaan agak 'lambat' bagi saya.. Yes sudah banyak yang berlaku sejak Januari sehinggalah April ini. daripada not important, saya belajar menjadi the important.. nobody menjadi somebody.. dari segi emosi, saya belajar mengenai penerimaan.. kesediaan.. rejection.. jangkaan.. ada bahagian yang baik untuk dirasa.. ada bahagian yang kejam untuk dicerita..

Saya, punya impian yang sangat tinggi dan besar.. makanya engganlah saya melibatkan diri dengan sebrang perkara yang dijangka bakal menganggu perjalanan saya dalam mencapai matlamat tersebut. tetapi sekiranya saya tidak meletakkan diri saya di tangan orang lain? bagaimana peluang itu tiba? bagaimana mampu potensi saya dicungkil? bagaimana dan bagaimana?

mengapa blog ini sudah lama menyepi? kerana.. saya 'Tidak Busy'.. selalunya orang akan berkata: 'saya terlampau sibuk, tiada masa untuk kamu, itu, dan ini'.. Bullshit, Tuhan sudah berikan kita nikmat 24 jam sehari.. tiada lebih tiada kurang bagi setiap individu.. mengapa ada yang dapat mencapai kemajuan dalam masa yang singkat? manakala mengapa sesetengahnya terkandas atau langsung tiada perubahan? jawapan serta persoalannya disini ialah 'tindakan'.. regardless apa apa jua tindakan yang kamu ambil.. pedulikan.. yang penting.. selepas anda memilih.. ertinya anda dah 'tekan' button itu.. maka langkah seterusnya adalah Giving Your Best.. katakan pada diri, Ku Beri Yang Terbaik... dan sentiasalah yakin dan berpaut pada matlamat yang telah korang tetapkan dimata minda kamu tu.. rahsia ini sangat mujarab dan benar.. berkesan.. terbukti..

maafkan saya kerana merepek di malam malam hari begini, saya cuma perlukan sesuatu untuk simpan 'Pemikiran' saya ini ke dalam suatu Storage, iaitu blog ini.. saya sebenarnya marah dengan diri saya, tetapi pada masa yang sama lega dan bersyukur itu pun ada.. Mengapa? sebab jalan yang bukan milik saya itu.. terbukti memang tidak sesuai untuk saya.. Puji Tuhan kerana rencananya untukku pastinya luar biasa.. baiklah.. saya ceritakan serba sedikit tentang apa yang telah saya kerjakan sepanjang 4 bulan ini..

Saya.. banyak keluar.. jalan sini. jalan sana.. handphone sememangnya teman yang setia, bagi tujuan perhubungan, hiburan, dan kamera untuk ambil gambar persekitaran saya.. saya.. berpeluang menjadi emcee kepada pelbagai jenis majlis.. dan berpeluang bertemu dengan pelbagai tokoh yang 'otai' dalam bidang masing masing.. kekadang saya berasa seperti seorang yang tua, ada kalanya sifat keanak anakkan itu masih lagi bersisa..

adakalanya saya punya atau alami sesuatu yang menghilang, adakalanya merasakan sesuatu itu ada.. apa sesuatu itu? banyak.. sangat banyak.. salah satunya adalah kegembiraan.. sedetik untuk sekelumit rasa sayang bagi sesuatu dan seseorang.. perasaan kurang senang bila di dalam situasi yang kurang enak..

kamu fahamkah tentang apa yang cuba saya sampaikan disini? ouh...

saya.. punya impian.. seperti motto sekolah saya dahulu.. Fly Riam Fly.. di kala saya melihat sebilangan rakan rakan saya sudah mengembangkan sayap mereka dan sebilangan lagi sudahpun beterbangan di langit yang luas.. saya rasa 'eager'.. ya.. entah apa bahasa melayu untuk word itu.. tetapi itulah dia.. eager... yet afraid..
eager.. yet conform to others.. eager.. but clueless..

baiklah.. samapai disini aja perkara yang ingin saya kongsikan.. saya punya banyak cerita.. soalnya, saya malas.. ya itu penyakit yang merbahaya.. penyakit rank-S.. itulah dia.. kerana malas.. manusia jadi lebih bebal berbanding kera.. kerana malas.. retak dan runtuhlah sebuah rumah tangga.. kerana malas.. akibatnya kita jadi yang memerhati.. bukan yang mengecapi..

Semakin hari.. semakin.......? itu Lu Pikirlah sendiri..

Deideian the Riddler

0 comments for this post:

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers