Monday, March 21, 2011

Deideian dah start merepek dah nih.. jaga..

   Hello selamat malam, mm.. tersangatlah jarang bagi lelaki bernama Deideian untuk update blognya ini pada masa kini di dini hari, pergh.. macam pantun da.. ya kini saya ter'jebak' dalam kancah yang paling merbahaya untuk para bloggers iaitu penyakit ke'blur'an.. atau kancah 'ke'non-idea'an.. waisehman itu word baru tu, cepat sila catat ke dalam buku vocabulary anda haha.. pada masa kini saya lebih kepada blogwalking ( in secret mikret) dan membaca segala isi info yang menarik serta berguna untuk saya cerita dan kongsikan bersama dengan ahli keluarga, pelajar saya, ahli youth (kadang kadang), kengkawan saya dan lain lain. saya ada banyak short term yang harus, perlu, dan wajip dicapai tapi iyelah.. tulang ini terkena virus 'M.A.L.A.S'.. ertinya Man And Lelaki Are Sot.. weih acah aje.. korang ciptalah sendiri apa erti malas itu.. yang penting ianya memudaratkan.
   Seperti yang anda tau, recently saya bergiat dalam sektor KOMIK. yes komik.. setakat ini syukur Thank God saya berjaya hasilkan 2 chapter.. tapi yang tak bestnya, saya hasilkan komik itu hanya untuk suka suka. everyone work and aim for reward right? klu la saya dapat hantar karya saya ke sesebuah platform/syarikat atau dimana saja boleh saya terbitkan hasil karya saya itu. Dijamin 110% saya pasti dapat tewaskan Akira Toriyama (mangaka DragonBall) dan Masashimoto (mangaka naruto). nak buat lagu baru.. hmm.. dah tak minat dah./. lagu baru ada, 3 buah, nak buat apa? bukannya ada orang nak terbitkan pun? lagipun ramaia dah berkecimpung dalam bidang ini.. tapi lagu saya 2 buah telah pun berjaya dimainkan a.k.a diterbitkan sewaktu menuntut di Universiti dahulu.. cewah.. komposer cikai aja.. Thank God juga kerana lagu itu dijadikan doa sewaktu konsert GPK dahulu..
   Dan sekarang ini saya mula belajar mengenai penulisan novel, uih interesting nih.. sekarang ni tgh explore la.. lazimnya bila saya mencuba sesuatu yang baru, pasti dapat buat sehingga berjaya sebanyak dua atau tiga kali.. kalau mendatangkan hasil $$.. dijamin berterusan seperti mana saya meneruskan perniagaan jual baju jersi bersama rakan saya.. ialah dah nama ia menguntungkan (ikut musim bola la, sekrang ni musim belacan) everybody pasti akan teruskan ye tak?. saya ada membeli sebuah buku yang mengajar bagaimana menjadi seorang penulis bebas yang kreatif serta berjaya, now I'm on the way to finish it. saya bercadang (telah pun bermula dengan beberapa perenggan) menulis dengan bahasa melayu. saya aim untuk cerita pengembaraan fantasi + romance + pertarungan + komedi. tapi baru saya sedar punya sedar, rupanya bukan mudah seperti yang dijangkan bila nak hasilkan novel ni, apatah lagi buku cerita kanak kanak, tapi klu bercerita hantu dengan anak anak buah dan kazen saya yang masih hingusan, handl plak saya mereka cerita hantu yang tipu tipu. klu dicompactkan kesemua cerita mengarut saya, boleh dibuat ensiklopedia tu.
   Buat masa ini saya bersyukur kerana 'dipercayai' oleh orang orang tua dlm menjalankan pelbagai jenis amanah seperti ini dan itu sehingga tak menang tangan (I need help). dengarnya seronok tapi pada masa yang sama, kita rasa gemuruh jiwa, semangat membara mcm lagu Tahir tu. kerana kita berpeluang untuk menimba lebih banyak pengalaman bersama golongan veteran dalam bekerja serta membuktikan pada diri bahawa kita selaku young adult juga berkebolehan untuk acara yang serius.
   Wei wei wei wei, asalnya saya bercadang nak tulis dua tiga baris aja.. ini suda lebih nih.. ha ini yang saya malas bila dah start menulis, tangan lalu automatik terus menaip tanpa disedari.. banyak sangat yang nak diceritakan disini.. haih agaknya bagaimanalah gadis yang bakal berkapel dengan saya ini di masa hadapan, pastinya telinga dia bengis mendengar saya ni pok pek pok pek.. bengis? ei bukan bengis garang itulah.. bengis yang saya maksudkan disini adalah sakit telinga.. ah sudahlah!! makin bercerita makin merepek jadinya.. bah.. see you..

0 comments for this post:

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers