Monday, June 28, 2010

time Dewa Rock masuk form 6.. whaha

woi semua, we're still using bahasa as medium in here, so bring your dictionary if you don't undertsnad even a slightest bit of my story, for the end of it might be Happy or Scary.. huahuahua..

macam berlagu pula, okeh.. camni.. tanggal 18 jun 2004, aku masuk form 6.. so aku ditempatkan di sebuah sekolah yg jauh dari tempat ku tinggal.. approximately 40km + camtulah.. nama sekolah aku tu SMK Luar Bandar Miri.. no wonder jauh.. tapi best gak.. sebab aku leh tinggal di asrama.. dihantar oleh Bos aku ke depan pintu sekolah, siap ngan Beg pakaian n kotak2 harta ku yg lain.. aku dihantar ke asrama.. oleh warden kat disitu yg juga merangkap Cikgu kepada sekolah berkenaan.. blablabla habis segala urusan asrama, ayahku and warden tu berlalu pergi..so aku kena cari kelas form 6 ku sendirianlah.. hmm.. sungguh tragis sekali..

maka merayaulah sang aku disekeliling sekolah baru mencari kelas yang belum ku temu-temu, "ah! kat situ rupanya" dan aku pun pergi masuk and menyerahkan surat kepada guru kelas berkenaan tanpa menoleh sedikit pun ke sebelah kanan ku--> bilangan student dalam kelas tu tersangatlah ramai.. 40+ klu x silap, x pernah kira.. so nama kelas ku LB62? mcm tu lah rasanya.. kurang pasti.. selepas perkenalkan diri di hadapan semua.. aku berjalan persis seorang model, berlalu tanpa kata.. limpas meja demi meja, semua yang melihat melopong (melampau sungguh penipuan ini, temberang aja) ke arah seorang yg melambai kat aku, gang lama kat SMK Subis dulu.. Mohd Hafizi atau dgn nama komersial nya---> Apie.. lepas shakehand cara negro ngan Apie, ku bertegurlah ngan sebilangan budak kat situ.. rupanya majoriti student dlm kelas ku orang luar mcm aku juga.. still fresh and innocent.. ramai lagi ex-schoolmate & classmate ku dlm kelas tu juga.. tapi kami buat cool and profesional, nanti lepas kelas baru buka pasar ikan.

aku berkenalan lah dengan dua orang student dari Bakong.. sorang namanya Joseph.. sorang lagi Chai Chang Li, ntah camna kami leh jadi kamceng and jadi trio plak.. sejak bergelar student form 6, setiap masa dimanfaatkan untuk study, study, and study.. ntah camner aku suka plak study jadinya. maybe becoz of environment? sudahlah siang ada kelas, ditambah dengan kelas belajar waktu malam (wajip untuk semua mengikut kelas masing2), ditambah lagi ngan pengaruh rakan sebilik.. x kan aku jer yg goyang kaki baca komik sedangkan yg lain study ye tak? so aku join la sekaki.. ku belajar mcm2 benda, baik tentang pelajaran atau diluar "pelajaran" ehem.. otai2 kat dorm asrama form 6 memang cool habis..ada sorang ni.. Zack namanya.. padahal nama sebenar Zakri.. seniorku di upper 6, selalu tidur+belajar di surau, tanya aja dia apa2, peh, tak perlu beli kamus atau astro: discovery channel lah.. kamus bergerak nih! ada sorang nih David namanya.. jaguh sukan.. terer memang terer, tapi yg slack nya dia salu simpan air kencing dlm bekas penyiram pasu bunga.. lepas kencing dia taruk lagi bekas tu dlm almari, bila dah penuh baru dia buang.. adoi eee.... banyak lagilah otai yg ku temu disana.. no wonder la lower form suma respek habis ngan mereka.. peh bangga gak aku jadi student form 6 nih..

kehidupan di sekolah tu sama gak seperti mana di sekolah2 lain cuma adala bezanya sikit.. pernah sekali time aku tgh beratur untuk makan di dewan makan, aku masih ingat aku pakai baju Liverpool warna kuning + seluar paras 3/4.. kira lepas lutut and tinggi sikit dari buku lali lah.. tgh syok beratur tetiba bajuku disentap and aku dihempas ke dinding.. & yg menyerang itu adalah Cikgu PK sekolah ku sendiri iaitu cikgu *****, usahlah ku sebut namanya sini.. dia warning aku (dengan nada berlagak) "ko orang baru, so aku kasi can kali nih, lain kali klu ku lihat ko pakai camni lagi, siap kau".. aku angguk2 aja.. maklumlah cikgu.. tapi tangan kiri dah ku genggam garpu nih.. eee! geram sampai berair mata ku.. dia berlalu menuju ke kawasan student perempuan makan.. dahla pakai seluar sukan ketat warna merah paras paha, dengan muka x malunya dia senyum sengih2 mengacau budak perempuan kat situ.. tunjuk macho la konon... aku makan dengan penuh rasa geram.. sekumpulan senior datang dan duduk dgn kami bertiga.. ada sorang tu, Awang namanya, jaguh silat and takraw; kata cikgu tu mmg camtu, tunjuk lagak ngan pelajar laki, tapi ngorat plajar perempuan.. Bias.. this is totally bias!.. dan akhirnya ku dengar berita dia mendapat kesusahan.. hmm.. serve you right..

kehidupan di form 6 selain daripada belajar aja, ada juga hiburannya.. salah satu nya ialah cerita hantu, gosip ( pasal siapa pecah cermin, sabotaj, bertumbuk.. alahai~ biasalah budak laki) dan wayang kulit... pernah sekali kami duduk ramai2, pakai tuala and spender aja pasal nak tggu giliran mandi malam, so lampu tutup.. cuma berbekalkan cahaya lilin.. para senior menceritakan cerita2 mistik dan hantu berkenaan sekolah tersebut.. ada yg seram.. adala yg lawak.. sehinggalah aku terkena pada suatu malam.. nak tau ceritanya? camni.. arakian pada suatu malam tuh, sekitar jam 11 camtu.. aku sakit perut.. and so ku bawa sabun and baldi and lampu suluh pergi ke jamban di groundfloor.. bilik asrama ku di tingkat empat.. dah la blok asrama ku tiada lampu koridor.. terima kasih atas kerjasama pelajar2 bodoh yang memecahkannya.. boleh dibayangkan suasana sekitar asrama tu sangat ngeri dan sunyi, sesekali ternampak beberapa percikan api bergerak2 dihujung koridor (api budak tgh hisap rokok da~).. ku terus menuju ke tandas di tingkat terbawah.. masuk pintu jamban, isi sebaldi penuh air.. dan mm.. mm.. lepas selesai.. masa tu lah tragedi berlaku.. time ku buka pintu jamban tu.. tetiba ada kepala berambut panjang menerpa ke arah ku.. aku menjerit tak terkeluar suara sambil buka silat entah bunga apa ntah ku buat.. last sekali ku check.. penyapu mop lantai sebenarnya.. cis!! cis!! dan cheesedale! aku terkena! takper2.. orentasi, so keep kool.. jgn bagitau sesiapa.. melainkan blog ku ini aja.. huahaha...

masa ku di SMK Luar Bandar tak begitu lama.. aku terpaksa meninggalkan rakan2 ku di sekolah itu atas sbb menerima tawaran di SMK Riam Miri.. ish.. sebak dihati tanpa life must go on.. ha.. yang ini bakal ku ceritakan dlm entry ku yg akan datang.. hohoho.. chow pok..

0 comments for this post:

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers