Saturday, October 23, 2010

Kenapa lelaki suka berbohong?

You see, kalau kalian taip di google.. akan terkeluar cerita si penebang pokok dengan dewa yang hadiahkannya kapak emas,perak, dan gangsa.. malah dimodified lagi endingnya dengan menambah bahawa penebang pokok itu menipu dewa bahawa perempuan pertama yang diselamatkan oleh dewa dari sungai adalah isterinya (padahal isterinya udah tua kerepot).. atau kalian akan terjumpa tips-tips tentang tanda-tanda bila lelaki berbohong seperti menoleh atau juling ke atas, ke kiri, menggosok hidung, menggaru punggung atau apa-apalah.. ceh, very tipikal such kind of story. mengapa saya berkata sedemikian? sebab saya lelaki la, that's why I know better..

Lazimnya kita dengar bahawa orang lelaki ini berbohong atas kerana ingin menjaga kebahagiaan, well that's true... tapi adakah setiap masa? well, that's not true.. ok sebab apa? nah mari sini datang dekat biar saya cerita ya? lelaki ini sama aja dengan wanita sebenarnya. kalau anda yang sedang membaca ini adalah lelaki, the same principle boleh juga apply kat kaum wanita. sebab the main reason kita selaku manusia ini berbohong adalah kerana.

1) Insecure
di mana setiap antara kita mempunyai sesuatu yang perlu/harus dirahsiakan.. samada itu adalah rahsia kita atau tidak. dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berbohong bagi melindungi rahsia tersebut.

2) Competition
juga boleh dikaitkan dengan persaingan, ini adalah perkara biasa dan seringkali berlaku dikalangan kita. nak tau contoh terbaik? nah sila lihat gambar ini..
See? persaingan mewujudkan satu perkara= keinginan untuk menewaskan saingan kita. akan tetapi pembohongan ini adalah bohong yang baik, that is why ianya dikenali sebagai tipu-muslihat.. seringkali digunakan dalam strategi peperangan, perniagaan, atau sebagainya. so disini saya main daun terup bersama kazen saya, ketika bermain, saya buatlah muka susah hati, maka dengan konfidennya si kazen saya itu mengatakan "siaplah kau abang!! muahaha".. terlebih dahulu saya sempat ambil pic daun terup saya sebelum saya menang.. 21.. blackjack you~ wahahaha.. money money money lai..

3) Pengorbanan
Ok yang ini ceritanya sedih sikit, disini kalian bayangkan bahawa kalian sedang bertempur di medan peperangan. dalam peperangan itu pasukan anda kian tewas, the only alternatif untuk menang adalah dengan mengorbankan diri anda? mengapa? mengapa tak orang lain? ok biar saya tanya pula anda balik, bagaimana kalau HANYA ANDA YANG DAPAT LAKUKANNYA SEBAB DAH ANDA THE BEST SERTA PAKAR DALAM HAL TERSEBUT? fikrkan bahawa anda cuma ada sebutir bom, dan musuh anda adalah kereta kebal serta 20 orang askar, manakala anda pula hanya ada seramai 10 orang.. the only way nak tewaskan mereka adalah dengan meletupkan kereta kebal itu.. tapi ianya harus dilakukan dengan menyelinap ke bawah dan memasang bom tersebut dalam waktu yang singkat serta timing yang tepat.. and the only person yang expert pasal bom? ialah awak la!! TETAPI.... ha.. ada tetapi lagi.. sebelum pergi berangkat berperang, anda sudah berjanji dengan yang tersayang (tak kiralah dia tu laki kau ker, bini kau ker, anak2 ker..) yang anda akan pulang dengan selamat.. maka itu adalah? suatu PEMBOHONGAN.. kan? kan? kan?
apa tak sama? kira tipulah tu.. sama aja.. dah dah takda alasan lagi korang nak lawan aku..

4) kerana jeles
ah saya pernah hadapi situasi sebegini, akan tetapi saya tak sampai hati nak tipu gadis tersebut, agaknya klu dia terbaca entry ku ini, adakah dia akan fall in love wif me? haiz.. apa boleh buat, dah nama bukan jodoh ku kan? ok.. let see, kepada para lelaki, kaum wanita juga boleh baca sama.. ehem.. ok andaikan anda mempunyai CRUSH kat seseorang, well yeah anda dikenali sebagai seseorang yang gila-gila kat sekolah.. ramai rakan.. and disegani.. so time dah nak prepare nak takle awek tu.. tetiba sorang rakan anda yang nang kamceng la.. kan? tetiba dia datang minta korang tolong send this love letter kat gadis pujaan anda tu.. tak ker hancus rasanya dunia? kan? saya ketika mengalami perkara sedemikian, terasa nak ku tendang terajang kawan ku ini dikala itu jua.. tapi apakan dia, saya terlalu baik hati.. so situasinya, kebarangkalian lelaki yang diminta menghantar surat itu tadi akan sembunyikan atau buang aja surat tersebut.. well normal la kan, the first rule of war, eliminate your competition.. sun tzu yang cakap bukan saya.. eh saya tak.. saya baik.. hehehe

5) adalah kerana.. tiada sebab
hah? hah? takda sebab? sebab apakah ini? heran aku.. ok begini, lelaki ini berbohong kerana satu hal juga, perkara ini terjadi tak kiralah manusia yang asyik bertanya dengan si lelaki itu adalah bapak dia ke.. emak dia ke.. GF dia ke.. bini ke.. anak ke.. polis ke.. sama aja.. sebabnya adalah? kerana dah tak tahan ditagih, tak tahan atau penat ditanya serta melayan pelbagai soalan. ah? tak faham ya? ok begini, andaikan klu seseorang lelaki ini baru balik dari tempat kerja/sekolah, and so orang dirumah tanya dia... well soalan yang ditanya mungkin berbunyi "hai sayang, dah makan?".. kalau lelaki itu mood dia baik, atau dia pulang dengan keadaan stabil, and so pertanyaan anda bakal dilayan mesra.. perkara ini biasanya berlaku kat pasangan yang belum kahwin, dan pasangan suami isteri yang ideal.. cewah.. bagaimana kalau dia(lelaki) jenis yang erm.. mungkin dia ada hal? contoh klu time tu ada perlawanan bola ke, atau dia nak keluar rumah lagi sebab nak jumpa skandal ke.. then anda akan dapat jawapan berbunyi "dah".. hah.. simple.. one word ajer.. then dia blah.. kan? itu BOHONG la namanya.. tapi bohong ni juga boleh berakhir dengan kesudahan yang baik.. andainya si ibu/isteri itu sakit, dan anak lelaki/suaminya baru balik rumah.. maka bila bertanya "dah makan?".. dan si lelaki balas "ya sudah" itu juga BOHONG.. tapi niatnya baik, mungkin kerana dia bertujuan tidak mahu menyusahkan kamu, mungkin kerana kamu(the wanita) ketika itu jatuh sakit? so dia ingin kamu berehat.. biar dia yang handle housework..

Hah.. itu sajalah dari saya ya? ada banyak lagi sebab mengapa lelaki berbohong.. dan kebanyakkannya adalah menjurus kepada perkara yang baik.. lelaki ini walaupun seringkali disalah faham kerana "manis mulut berjanji" tapi tidaklah semua begitu.. take your time untuk mengenali kami kaum lelaki ya? sebab perkara ini adalah satu perkara yang menarik dilakukan.. salam dari saya, Deideian


2 comments for this post:

Nelly Ubong said...

kenapa lelaki suka berbohong?? sebab nafsu lelaki kelalu kuat .. haha.. Auuwww!! :)

Deideian said...

hahaha.. macam macam nuan tok

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers