Wednesday, October 20, 2010

PENDAFTARAN SKIM KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR(KWAMP)2011 DAN SKIM BANTUAN TUISYEN(SBT)2011 MELALUI PORTAL ekasih


Bermula pada sessi persekolahan 2011, Semua bantuan persekolahan seperti Skim Bantuan Tuisyen (SBT) , Skim Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan banyak lagi bantuan lain akan di salurkan kepada para pelajar yang layak berdasarkan daripada data yang dikutip daripada maklumat portal ekasih.

Ibu Bapa yang layak dan ingin memohon bantuan tersebut, hendaklah mendaftarkan sendiri maklumat peribadi dan pendapatan isi rumah secara online di Portal ekasih.

Siapa yang layak mendaftar?
Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan adalah layak dan digalakkan untuk mendaftar.
Sekiranya tiada anak yang masih bersekolah adakah perlu untuk memohon? Ya. Sebab bantuan dalam bentuk lain, contohnya pemberian rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) juga adalah berdasarkan kepada data/maklumat eKasih. Begitulah seperti yang difahamkan.
Pendaftaran untuk tujuan berkenaan cukup mudah, hanya perlu klik pada menuPendaftaran Ringkas, kemudian isikan maklumat yang dikehendaki. Pendaftaran cukup mudah dan hanya memerlukan masa yang singkat. Pemohon hanya perlu mengisi beberapa butiran ringkas. Ruangan yang bertanda asterisk (*) adalah maklumat yang wajib diisikan.
Pemakluman Mengenai Kemiskinan
Selain daripada itu, Portal eKasih juga menyediakan kemudahan untuk kita memaklumkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kemiskinan untuk semakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Kemudahan itu boleh diakses melalui menu pilihan Pemakluman Kemiskinan. Hanya sedikit maklumat yang perlu diisi oleh pelapor, seperti Nama; Alamat; Negeri; Daerah dan Komen. Bagaimanapun diharap pelapor dapat memberikan maklumat yang tepat supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera.
Untuk mendaftar atau menghantar maklumat kemiskinan yang dimaksudkan, sila layari, Portal eKasih.
 P/S: ARTIKEL INI SAYA PEROLEHI DARI BLOG SAUDARI ELLEN. SAMA-SAMALAH KITA SEBARKAN BERITA INI BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA YANG LAYAK BERPELUANG MENDAPATKAN BANTUAN SEBEGINI. TERIMA KASIH.

2 comments for this post:

Ellen said...

Heheh...TQ..sama sama kita membantu mereka yang sebenarnya layak tapi tidak mampu untuk melakukannya kan...

Deideian said...

sama-sama.. dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya ^^

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers