Weeewiit! rimau datang lagi, hahahaha.. lucu betul malam nih, okeh tadi saya dah siap tuliskan dua entry, iaitu "Kenapa lelaki tak suka pakai payung" dan "Shopaholic: baik atau tidak". then saya kira lepas saya habis menulis, fikir nak layan facebook kejap and layan cerita movie DVD atau apa yang yang ada dalam sang laptopku ini.. alih2 tengah ku jenuh selongkar2 file2 lama, tetiba saya temui beberapa gambar lama.. "eh, ini gambar.." well u all tau kan perasaan tu camner? bayangkan zaman tika masih di Universiti dulu, masa tu saya memang tak pernah blogging, almaklumlah tersangat ganas.. aktiviti sini sana ada aja namaku yang .."ehem" okay okay.. berbalik kepada topik asal.. so gamabar2 tu tadi sebenarnya gambar saya semasa menuntut di Universiti Tun Abdul Razak tapi di Kuching Sarawak.. well banyak gak gambar2 best tapi yang inilah paling.. er.. everything la yang ada kat situ.. manis ada, marah ada, tension ada, lelah ada.. gamabr apakah itu ho? hehehe.. jum kita saksikan..
Tada~ inilah dia, member pasukan gelap; Rumah Sukan Perdana bercorakkan Naga Putih selaku logo kami
ehehe, sebenarnya gambar ini pernah saya paparkan dalam blog saya sebelum ini iaitu disebelah kanan bahagian bawah ketika saya masih lagi menggunakan layout lama. Pada waktu itu saya telah dipilih menjadi Kapten untuk rumah sukan saya..Deideian2:eleh, nak riak lah tu.. Deideian3:ilekla bro, kasi dia angkat bakul sendiri dulu.. aduh.. bukan saya nak riak apa semua.. ok begini kesnya. ehem..
Pada suatu hari yang cerah~ hari itu adalah hari Sabtu, saya telah berpakat dengan rakan saya iaitu si Jay untuk menghadirkan diri ke perjumpaan pertama rumah sukan Unitar/Unirazak. so sesampai di kampus, naik tangga, turun tangga, naik bukit, turun bukit, kayuh perahu.. Deideian2: woi serius la!! aku tgh syok dengar nie!! ok la ok la.. hish, lepas sampai, kami berdua masuk la ke bilik rumah sukan masing masing.. Jay masuk rumah sukan warna kuning, klu tak silap rumah PERSONA.. manakala saya yang blur ni pulak masuk ke dalam rumah sukan PERDANA.. macam tak best jer nama.. tak best? tunggu...
So dipendekkan crita, kengkawan sepakat and saya dengan rasminya dipilih jadi Kapten, perasaan ketika itu masih saya ingat lagi, gembira ada, frust pun ada.. gembira? well sebab orang percaya dengan ability kita, frust? sebab saya ni klu boleh nak relax and enjoy jer.. klu boleh time hari sukan nanti saya nak bersorak di tepi menyokong atlit atlit yang tercinta cewah (sokong? perli adalah... dah aku ni mereng sikit). so bermulalah bibit kenangan manis kau dan aku~ er.. salah.. kenangan manis kami semua.. haa.. itu baru betul..
Saya pendekkan lagi cerita yang udah dipendekkan, mengikut criteria yang ditetapkan oleh team perwakilan pelajar, pemarkahan diambil kira berdasarkan kreativiti, aktif, dan markah sukan semasa program berlangsung. And so saya pun memfokus kepada latihan dan juga publisiti yang melampau-lampau. buat itu buat ini, hadoi memang penat la, and baju rumah sukan kami gred AA lagi you, siap ada cop naga di belakang.. ehem.. bangganya aku~ (kembang-kempis lubang hidung).
Time berlangsungnya hari sukan; persembahan, pakaian, cheer leaders, pasukan sorak, maskot 9kami ada 3 maskot hihihi), paramedik (cewah sebenarnya cuma beli peti pertolongan cemas aja), dan drummer. maka fikir ku dalam hati "okay, suma suda ada dey, apa lagi tarakda?".. saya cari-punya cari namun tak juga ketemu apa2 yang kurang sempurna dalam persediaan.. kengkawan kata "relax, kalah menang tu tak penting, yang penting kita enjoy".. yes itu benar, and thank you kerana mengingatkan.. siapa yang sebut itu ya? tapi yang pasti itu adalah seorang gadis yang amat comel.. haha..
dari segi perbarisan, and everything else, kami sangat hebat, tak juga tak kurang hebatnya persaingan dari rumah sukan lain.. biasalah, dah nama bertandingan bah~ (hah, slang sabah sudah keluar).tapi kan, tapi.. bila time pertandingan, ternyata ramalanku salah sama sekali.. well itu tak nak lah saya ceritakan disini, er.. er.. (sambil ambil beg dan berkemas sebab nak lari) pasal hal itu klu berpeluang lain kali lah saya ceritakan iya?
"woi! ko nak lari ke mana hah!?? cerita belum habis lagi woi!!"
sehingga berjumpa lagi, bye~ (lari sambil mengutip spender dan stockin yang jatuh ke lantai)
0 comments for this post:
Post a Comment
ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^