Friday, March 11, 2011

Berita raket pukul bulu itik - Badminton lah haiya

Hello, tadi saya tgh saya relax relax membaca news secara online, saya terbaca mengenai brother kita ni, hoyo sulah lama talak nampak oo kawan, mana you sulah pigi pusing pusing sama itu raket? Hahaha ok individu yang saya maksudkan itu tak lain tak bukan adalah Datuk Lee Chong Wei, Pemain Badminton Kebangsaan. Entah apa dah ranking dia sekarang dlm world list, yang penting kita admire sama dia sebab dia buat smash peletup peletup bunyinya (saya ingin sangat nak fight orang ni di gelanggang).. justeru beginilah kisahnya..

Di suatu kejohanan  di Petaling Jaya, Datuk Lee Chong Wei Berjaya mara ke ke suku final kejohanan badminton All-Inggeris  dan teman tapi mesranya (rivalnya lah maksud saya) iaitu  Taufik Hidayat juga dilihat turut menyertai kejohanan tersebut (ada sesuatu yang menggagunya ketika itu, mungkin disebabkan champion kita ini? Mm..)

Semalam, Chong Wei menumpaskan lawannya iaitu Bao Chunlai dari China dengan 21-16, 21-16 dalam pertandingan yang berlangsung selama 42 minit yakni pada pusingan kedua. Hohoho, senang cerita, katakana sajaha kepada pihak lawan “No Fight La~” wahaha.. tetapi kedua duanya sama hebat.

Jadual perlawanan menunjukkan bahawa pihak lawan  untuk Chong Wei yang seterusnya adalah pemenang dari perlawanan antara Lee Hyun-il dari Korea Selatan dan Boonsak Ponsana dari Thailand. (orang Asia weih, omputeh mana? Haiz..)

Sehari sebelumnya, Malaysia menumpaskan Perancis, Brice Leverdez 21-9, 21-11 hanya dalam masa 24 minit. (mm.. first time tengok Perancis beraksi, boleh tahan)

Pelatih Tey Seu Bock senang dengan sikap Chong Wei yang tenang dan berkeyakinan (saya rasa la) setelah perlawanannya dengan Bao ChunLai. Sememangnya lagak seorang wira yang kembali dari medan perang (disertai dengan lagu I want nobody nobody but you~ sambil si hero berjalan dengan rokok di mulutnya, cewah)

"Chong Wei telah bersedia sepenuhnya dari segi mental  untuk menghadapi Bao dan bermain permainan taktikal yang tepat dan terbaik.. er.. betulkah translation saya ini?. Dia tidak pernah memberikan Bao setiap ruang atau peluang untuk membalas, "kata Seu Bock dalam sebuah wawancara telefon.

"Bao berada dalam keadaan baik tapi dia bingung dan tidak tahu cara bermain melawan Chong Wei terfokus. Kami berharap bahawa satu-satunya pemain Malaysia single kami akan menjaga momentum nya. "

Terdapat juga berita mengenai Lin Dan dan Taufik Hidayat tetapi tidak saya nyatakan disini kerana saya tidak berminat.. yang saya tahu Taufik telah tewas dalam perlawanannya menentang pemain dari Jepun (hidup Jepun!! Banzai!!) manakal Lin Dan pula seperti biasa.. unstoppable.

Sekian sahaja dari saya, saya Deideian Melaporkan dari Rumah saya sendiri.. salam bahagia..

(Teeeng Tteng teng~ dang dadang dede deng~ - lagu tema berita TV3 mix NTV7..)

0 comments for this post:

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers