Friday, March 11, 2011

Walaoweh!! the 'Red Riding Hood'!!


Nah, aku nak cakap bahasa Malaysia.. tak salahkan? Klu korang ada baca entry ku sebelum ini, tentu kalian tahu mengapa ku ber’intro’ sedemikian.. hehe.. ok enuff pasal hal menyakitkan hati dan punggung, sekarang adalah musim Lenten.. so jangan PANAS… pok.. hah itu adalah bahasa Sarawak.. tak paham? Ensepi asai..

Berikutan dengan perkembangan semasa di dunia wayang,  Tahun ini terdapat banyak Movie baru yang bakal diketengahkan oleh omputeh.. amen.. see? Omputeh.. okay, dan salah satunya adalah cerita mengenai seorang gadis yang berjubah merah.. bagi anda yang membesar dengan cerita cerita fantasy seperti snow white, Cinderella, tentu sekali anda tidak akan berasa asing dengan cerita ‘Red Hiding Hood’.

So bagi fans cerita Twilight di luar sana, saya kurang pasti samada anda ada mengikuti perkembangan hasil terbaru pengarah Twilight iaitu Director Catherine Hardwicke.. hah iyalah, dialah yang mengarah movie twilight. Tak tahu? Sah.. takkanlah kalian Cuma ikut berita pelakonnya aja kot? Stalker betullah hehe.. (jangan marah, buruk betul klu marah).

Edisi wayang Red Riding Hood, ceritanya lebih ‘ringan’ berbanding Twilight yang banyak ‘ohhh!! Edward!! Argh!!!’.. er.. maksud ku yang banyak konflik dan derita. Tetapi apa yg sama bagi kedua dua cerita adalah? Keduanya mempunyai Werewolf!! Cis!! Ciplak betul!! Red riding Hood mana ada werewolf? Wolf ajalah!!

Aktress yang berlakon adalah Amanda Seyfried, yang berlakon sebagai Valerie a.k.a Red Riding Hood. So selain daripada versi si gadis yang membawa se’basket epal/buah-buahan ke rumah nenek, pelbagai cerita telah ditambahkan seperti romance, hasad dengki dan blablabla. Oh ya terdapat ‘romeo’ juga disini. Watak ‘Henry’ yang dilakonkan oleh Max Irons.

yang selebihnya hendaklah anda tunggu dan lihat/tonton sendiri kerana saya pun ternanti nantikan keluarannya.. lagipun blog ini bukan spoiler heheh

0 comments for this post:

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers