Monday, March 28, 2011

sequel 'Clash of the Titan' hoho

ohoho selamat sejahtera para para wayang-leg sekalian, eh sebut pasal peminat wayang nih, agak ramai gak terjebak ke dalam kancah sebegini.. che che che che.. 'K.A.N.C.A.H'.. agak sadis word yang saya gunakan, nasib baik bukan K.A.N.J.I  ye tak? tak paham? tanya kawan yang berasal dari Sarawak.ahaha.. ok kali ini saya ingin mengupas sedikit mengenai info movie yang bakal (khabar angin) keluar di tahun depan..

PEMBACA: uih lama lagi tu, buat nak sibuk sibuk buat cerita gini?

ek? kenapa? well klu benar korang tru Wayang-leg yang sejati dan serati, pastinya korang takkan lepaskan mana mana info mengenai wayang yang bakal HITS di Box Office, ku yakin sebab ku sedang mengunyah kentaki frait ciken. ( tak da kena mengena)
 Wargh!! makan budak!!
Wayang yang digembar gemburkan adalah sequel kepada Filem 'Clash of The Titan', masih ingat? ei pasal anak luar nikah tu.. bukan anak manusia plak tu. khabar angin melaporkan bahawa filem ini bakal release pada 2012, entah musim apa, Summer kot? sebab masa tu jer lazimnya wayang kuar. pelakon pelakon yang terlibat dlm produksi filem terdahulu seperti Sam Worthington, Liam Neeson,  Ralps Fiennes bakal kembali menemui anda di layar perak. terdapat ramai barisan pelakon yang baru samada dia ambik watak jadi Dewa atau amnusia atau raksaksa. watak Andromeda yang dahulunya dilakonkan oleh Alexa Davalos (jiran sebelah rumah aku) dikatakan 'Tidak Available' untuk meneruskan maka tempatnya diambil alih oleh seorang jelitawan yang bernama 'Rosamund Pike' (mmuah, aku punya).

Baik kisah dahulu adalah pasal kemurkaan Dewa so para Dewa sent virus kasi delete sama semua folder manusia.. er.. komuniti manusia di sebuah pulau.. manakala kisahnya dalam sequel kali ini adalah mengenai bagaimana Perseus (lakonan Sam) berusaha untuk menyelamatkan Ayahnya iaitu Zues dari ancaman.. ops.. dan sepanjang adventurenya dia berkawan dengan ramai Dewa dan pelbagai jenis.. ops..

PEMBACA: EI!! MAIN MAIN!! TENSION I!!

ok penghasilan filem ini diarahkan oleh pengarah yang mengarahkan filem 'World invasion: Battle Lost angeles' dan.. yer.. tarikh nya dijangka ditayangkan pada March 2012.. wahaha..
Coming soon: Ultraman vs Raksaksa Bubuk di Miri, Sarawak

Deideian the Wayang-Leg

0 comments for this post:

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers