Wednesday, April 27, 2011

Orang Tua Banyak Bisa

Hai, malam ini saya menulis lagi.. iyerr.. setelah sekian lama menyepi tetiba tangan ini aktif kembalikan? ok tajuk entry saya kali ini tiiada yang menghairankan.. sebenarnya tadi saya berasa sungguh *%&%$*$* akibat dek terkena bias penyakit mm.. menopause? betulkah? setau saya itu untuk wanita aja kan? klu lelaki.. lantaklah.. iya tadi ada sedikit gejala itu lah.. so saya search lah kat Google pasal 'Tua' ini.. yes keywordnya adalah Old atau Tua.. dan saya jumpa macam macam jenis artikel serta gambar yang boleh dikategorikan sebagai biasa.. kemudia saya 'terserempak' dengan gambar ini.. weh.. ini baru bisa hahaha.. saya click dan baca infonya.. uih lagilah sedap..



nenek ni.. bekas commando pangkat elite sniper dulu.. jangan main main


kita sering fikir tentang bagaimana orang lain tidak dapat memahami kehendak serta perasaan diri kita, kita sering berfikir bagaimana orang tidak tahu apa yang kita rasai, pemikiran dan menganggap bahawa kita lebih tahu atau mereka tiada pengalaman seperti kita.. jawapan yang mampu saya berikan adalah Yes or No.. sebab ada sesetengah pengalaman itu sememangnya tidak mungkin mereka alami seperti kita.. dan selebihnya sudah pun mereka rasai.. contoh.. jika Si A sedang 'meneran' di dalam jamban pintu pertama, apakah Si B mengalami sensasi yang serupa dengan Si A?
kemungkinan Si B mengalami keseronokkan ketika proses itu berlaku? atau sebaliknya? siapa tahu?manalah kita ingin berkongsi akan pengalaman sebegitu dengan kawan kawan.. lain lah kalau dah jadi laki bini.. kentut pun berbau harum jadinya haha..

selain dari menulis, saya juga minat membaca blog orang lain.. lebih lebih lagi blog oleh Tun Dr Mahathir.. tokoh yang paling saya respek.. pemikiran beliau, sememangnya langsung tidak dapat ditandingi oleh mana mana pemimpin negara Malaysia pada masa kini.. the living legend.. uh.. saya nak jadi macam awak lah Dr.. pemikiran masyarakat masa kini dan dahulu agak serupa aja.. tersangatlah stereotype.. dan masing masing conform terhadap satu sama lain.. perbuatan setiap insan pada masa kini (di Malaysia la) umpama bergerak seiring dengan apa yang enak dipandang oleh masyarakat. Apa boleh buat.. kita bukannya orang putih atau asia yang lain.. see? pemikiran sebegitulah yang saya cakapkan.. maka dah nama manusia.. apa bezanya? cis.. kerepek betul..

Kadang kadang kita selaku belia (jikalau anda masih remaja, budak hingusan, atau sudah tua kerepot, maaf yer?) sering kali kita berasa geram kerana merasakan diri seperti dipergunakan oleh golongan yang lebih tua.. ditindas? oh itu bukan kesnya.. kerana kita di tahap umur belia tahu bahawa segala yang mereka minta dan suruh itu kebanyakkannya adalah untuk kebaikkan kita sendiri.. pada awalnya memang kita gembira tetapi lambat laun.. perasaan itu bertukar menjadi jemu.. saya yakin bahawa mereka dulu juga mengalami perkara yang sama.. saya tidak menyalahkan sesiapa disini melainkan sikap kita sendiri.. ish..  pendek kata.. dalam kepuasan.. terdapatnya kegeraman.. er.. betulkah ayat saya ini?
they know how, and they know why, and they know when
(mereka tahu apa yang sedap dimakan)

apa yang ingin saya tekankan disini, jangan sesekali kita memandang rendah terhadap orang tua.. sewaktu menuntut di Kuching dahulu, saya dan rakan rakan saya pernah bermain bola sepak serta badminton bersama sekumpulan orang tua (CEO universiti kami), dengan badan kami yang tegap, mantap, penuh kudrat dan tangkas.. kami fikir.. "ini orang tua.. you're going down.. 100%".. betapa silapnya pemikiran kami (the youth team) pada ketika itu.. kalah teruk.. ya orang muda bermain dengan akal, teknik, kekuatan, dan kelajuan.. macam sudah cukup pakej.. tetapi orang tua ada satu benda yang kita tiada.. iaitu 'Pengalaman'.. they know how, and they know why, and they know when.. maka sekiranya anda berjumpa dengan orang tua.. jangan sesekali berlaku sombong.. kerana itu bodoh namanya.. hahaha.. saya respek pengalaman orang tua.. bukannya orang tersebut semata mata kerana umurnya..

Sarikata disediakan Oleh:
Deideian the Watermelon

0 comments for this post:

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers