Showing posts with label Book / e-book. Show all posts
Showing posts with label Book / e-book. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Bakal Melancarkan e-book Rahsia Tahi Lalat oleh Deideian


Seperti yang kita ketahui, tiada seorang pun manusia yang lari dari memiliki "TAHI lalat", maka dengan ini, terciptalah sebuah buku yang berjudul " Rahsia Tahi Lalat", ditulis oleh saya sendiri berpandukan informasi yang diperoleh dari sumber-sumber rahsia..

Sesetengah tahi lalat dapat menambahkan "Seri" pada wajah seseorang dan menjadi kebanggaan terutamanya kepada golongan wanita. Sering kali dikatakan bahawa jika seseorang itu memiliki tahi lalat di bahagian (sekitar) bibir, orang itu akan kelihatan manis, cantik atau pendek kata "sedap mata memandang". di awal usia muda la haha.. tetapi adakah pernyataan itu benar? rahsianya bakal saya kongsikan bersama dalam buku "Rahsia Tahi Lalat" yang bakal saya lancarkan mungkin esok pagi selepas saya selesai mengecat papan siling rumah saya (iya saya sibuk mngecat sehinggakan tangan saya masih ada kesan cat undercoatketika menulis entry ini, SAH BELUM MANDI!!)

dan bagi mereka yang memiliki Tahi lalat di bahagian muka, ketiak, perut yang boroi atau sebagainya, usahlah anda berasa rendah diri atau tinggi diri kerana anda akan berada di tengah -engah masa anda berdiri.. eh? saya pun tak paham apa yang saya ingin utarakan disini. Harap anda dapat tangkap "mesej" yang ingin saya sampaikan melalui penulisan saya yang serba memalut ini.

Ini kerana pernah saya bertanya kepada saudara terdekat:

"Kenapa lalat berak atas muka kita?" atau dengan soalan yang lebih cepumas berbunyi 

" Kenapa tahi lalat ada atas hidung Mak cik?"

well sejurus selepas soalan itu terbit dari mulut saya, maka tahulah saya jawapannya adalah tidak menggembirakan kerana Mak cik itu menayangkan buku lima dan mencarut "%#&#" kepada saya hihihihi..

Baiklah, e-book ini saya tulis berdasarkan pengalaman yang saya perolehi hasil dari pertanyaan soalan "cepumas" dari hari ke hari. (bukan senang nak dapatkan jawapan nya oi). saya akan edarkan buku ini secara percuma dan anda boleh men-downloadkan ia di blog saya ini, anda juga boleh edarkan -ebook saya ini dan share dengan rakan-rakan anda dengan syarat anda tidak boleh sesekali mengubah isi kandungan yang terdapat di dalamnya..

Buku ini juga ditulis sebagai bertujuan untuk rawatan terapi kepada mereka yang mempunyai masalah Tekanan, boring, atau bersikap 'kaypo".. rujuk kamus bahasa melayu sarawak ye? inilah rupa e-book yang bakal saya lancarkan esok hihihi..

inilah buku hasil nukilan saya sendiri tanpa meng-copy mana mana sumber melainkan dari cerita-cerita mak cik di warung depan sekolah rendah hihihi... pengalaman dan pengetahuan ini adalah Hak Cipta Terpelihara, segala hasil kandungan yang terkandung di dalam buku ini tidak melibatkan sesiapa yang masih hidup atau yang telah mati atau sedang nazak sekarang ini okay? orait.. TUNGGU....



Tuesday, November 9, 2010

Mencari Peluang Perniagaan? Rahsianya ada disini..


Selamat sejahtera kepada anda yang membaca ruangan saya ini, anda sihat? Pasti.... adakah anda bosan? oh mungkin? itu seharusnya ada pada diri anda kerana saya mahu anda mempersiapkan diri serta JANGAN SESEKALI MENIDAKKAN apa yang anda bakal baca diruangan ini nanti. selamat membaca dan mencoba.. eh.. salah lagi..

Biar saya teka, lazimnya mana-mana individu yang menemui entry saya ini pastinya menaip mengenai peluang...  rahsia kejayaan... cara menjadi kaya... sori, ini bukan kisah Mat Jenin, tapi kenyataan. anda taip sahaja di google tentang benda benda tersebut, pastinya 70%-80% daripada apa yang terkandung dalam setiap website atau blog adalah scam ataupun lebih dikenali sebagai penipuan. HAH? TIPU? IYEKE? iye.. saya yakin anda pastinya pernah mendengar dan termasuk ke dalam website seperti "join dan daftar segera!! hanya dengan  #### boleh buat duit!!" atau pun website seperti "menjana pendapatan RM ##### sebulan!!". Yes ada sesetengahnya berkesan tetapi majoritinya tidak!! adakah anda berharap dapat menemui sumber kekayaan dengan begitu mudah? tanpa mempelajari dan menyelidiki cara yang betul untuk berjaya? dan menjadi kaya?

Soal kejayaan yang sebenar bukannya bila orang itu dilihat menjana duit yang banyak, maka dia dicop sebagai seorang yang berjaya. Jika anda berfikir begitu, maka pemikiran anda teramatlah SONGSANG SAMA SEKALI!!

HAH? KENAPA LA????

iya.. ini kerana.. hanya mereka yang berjaya boleh buat duit.. bukannya mereka yang buat duit, baru boleh berjaya.. nah, saya terlalu asyik menerangkan perkara ini sehinggakan saya tidak sedar bahawa saya terpakai baju secara songsang hahahaha..

Untuk mencapai kejayaan, formulanya sama seperti apa yang kita semua pernah lalui semasa muda iaitu..

  • Belajar sesuatu perkara dari A sampai Z (mempelajari erti dan selok belok yang betul)
  • Menetapkan MATLAMAT (kerana tanpa ia, anda ibarat Kapal yang belayar tanpa haluan dan Jurukemudi, maka pastinya anda tersadai di suatu tempat... atau Karam..) so tetapkanlah matlamat anda!!
  • Berusaha mencapai matlamat tersebut.. jangan fikirkan bahawa nasib anda penentu hidup anda...dan jadikan ANDA penentu NASIB anda.. sila terbalikkan.. jadi berusahalah.. sebelum anda diusahakan.. hahahaha.
Sekarang saya ingin bertanya; anda berminat untuk berniaga? pernah terfikir berbuat demikian? ho... banyak yang fikir sebegitu tapi tidak tahu cara yang:

  • Selamat
  • Jimat dan kurang risiko
  • Kos yang rendah
  • Tidak memerlukan tempat (Bangunan atau pejabat atau kedai)- anda boleh berbuat demikian kalau mahu
  • Dan bekerja mengikut keselesaan?

Soalnya disini, kita mesti ada KEBERANIAN untuk melangkah kehadapan, tak kisahlah anda ingin menjual baju? kain? keropok dan sebagainya, asalkan anda ada kemahuan, disitu ada JALAN...

Dalam entry ini, saya tidak akan mengajar anda, sebaliknya saya akan MENUNJUKKAN anda pintu dan laluan ke arah APA YANG ANDA INGINKAN.. so terpulanglah kepada diri anda sama ada anda ingin mencuba seterusnya berjaya atau sebaliknya? atau.. anda hanya berpeluk tubuh melihat kejayaan orang lain dan menyesal kerana tidak melakukannya. IT'S UP TO YOU, YOU'RE ON THE DRIVER SEAT..

bagi anda yang bercita-cita ingin berjaya, maka saya sarankan sebuah platform yang sesuai untuk anda memulakan perniagaan anda disamping menimba ilmu dari mereka yang berpengalaman.. Platform dimana ia sesuai diceburi oleh mereka yang inginkan sesuatu yang benar, mudah dipelajari dan dipraktikkan. maka saya ucapkan..

DISINILAH JAWAPAN YANG ANDA CARI



dengan ini saya mengucapkan selamat mencuba dan maju jaya kepada anda


Saturday, November 6, 2010

Panduan Menulis Resume cara pantas dari saya!! dapatkan segera!

well menulis resume bukanlah perkara yang susah, tetapi juga bukanlah sesuatu yang mudah kalau tidak dilakukan dengan betul, kerana kalau kita meletakkan kesemua informasi yang tidak relevan kedalam resume kita ataupun juga dikenali sebagai CV, sudah pasti CV kita itu dibuang terus ke tong sampah oelh bakal majikan kita, sudahla penat-penat kita tulis dan hantar, akhirnya usaha menjadi sia-sia.. ramai juga rakan dan saudara saya mengalami situasi sedemikian, kesemuanya berpunca dari sikap malas dan sambil lewa kerana tidak menyelidik terlebih dahulu cara yang betul dan mudah bagi menulis resume yang "sedap mata memadang, kenyang perut membaca" cewah pepatah itu saya cipta sendiri, anati saya pergi patenkan.. baiklah tanpa membuang masa, saya persembahkan e-book percuma khas dari saya, wah! wah! tepuk tangan! tepuk tangan! ehem ehem.. ok ini dia..

PANDUAN MENULIS RESUME cara pantas

 

nah, anda boleh klik sahaja pada gambar tersebut untuk memuatturunkan e-book percuma saya ini atau anda juga boleh tekan disini.

mudah bukan? hahaha, selamat membaca dan moga moga anda mendapat manfaat dari apa yang saya kongsikan disini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers