Friday, November 12, 2010

Bakal Melancarkan e-book Rahsia Tahi Lalat oleh Deideian


Seperti yang kita ketahui, tiada seorang pun manusia yang lari dari memiliki "TAHI lalat", maka dengan ini, terciptalah sebuah buku yang berjudul " Rahsia Tahi Lalat", ditulis oleh saya sendiri berpandukan informasi yang diperoleh dari sumber-sumber rahsia..

Sesetengah tahi lalat dapat menambahkan "Seri" pada wajah seseorang dan menjadi kebanggaan terutamanya kepada golongan wanita. Sering kali dikatakan bahawa jika seseorang itu memiliki tahi lalat di bahagian (sekitar) bibir, orang itu akan kelihatan manis, cantik atau pendek kata "sedap mata memandang". di awal usia muda la haha.. tetapi adakah pernyataan itu benar? rahsianya bakal saya kongsikan bersama dalam buku "Rahsia Tahi Lalat" yang bakal saya lancarkan mungkin esok pagi selepas saya selesai mengecat papan siling rumah saya (iya saya sibuk mngecat sehinggakan tangan saya masih ada kesan cat undercoatketika menulis entry ini, SAH BELUM MANDI!!)

dan bagi mereka yang memiliki Tahi lalat di bahagian muka, ketiak, perut yang boroi atau sebagainya, usahlah anda berasa rendah diri atau tinggi diri kerana anda akan berada di tengah -engah masa anda berdiri.. eh? saya pun tak paham apa yang saya ingin utarakan disini. Harap anda dapat tangkap "mesej" yang ingin saya sampaikan melalui penulisan saya yang serba memalut ini.

Ini kerana pernah saya bertanya kepada saudara terdekat:

"Kenapa lalat berak atas muka kita?" atau dengan soalan yang lebih cepumas berbunyi 

" Kenapa tahi lalat ada atas hidung Mak cik?"

well sejurus selepas soalan itu terbit dari mulut saya, maka tahulah saya jawapannya adalah tidak menggembirakan kerana Mak cik itu menayangkan buku lima dan mencarut "%#&#" kepada saya hihihihi..

Baiklah, e-book ini saya tulis berdasarkan pengalaman yang saya perolehi hasil dari pertanyaan soalan "cepumas" dari hari ke hari. (bukan senang nak dapatkan jawapan nya oi). saya akan edarkan buku ini secara percuma dan anda boleh men-downloadkan ia di blog saya ini, anda juga boleh edarkan -ebook saya ini dan share dengan rakan-rakan anda dengan syarat anda tidak boleh sesekali mengubah isi kandungan yang terdapat di dalamnya..

Buku ini juga ditulis sebagai bertujuan untuk rawatan terapi kepada mereka yang mempunyai masalah Tekanan, boring, atau bersikap 'kaypo".. rujuk kamus bahasa melayu sarawak ye? inilah rupa e-book yang bakal saya lancarkan esok hihihi..

inilah buku hasil nukilan saya sendiri tanpa meng-copy mana mana sumber melainkan dari cerita-cerita mak cik di warung depan sekolah rendah hihihi... pengalaman dan pengetahuan ini adalah Hak Cipta Terpelihara, segala hasil kandungan yang terkandung di dalam buku ini tidak melibatkan sesiapa yang masih hidup atau yang telah mati atau sedang nazak sekarang ini okay? orait.. TUNGGU....



0 comments for this post:

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers