Monday, November 29, 2010

Leslie Nielsen - pelakon Mr Magoo dah mati, Uwaaa!!!!

Tokoh Pelawak sedunia, Leslie Nielsen meninggal dunia semalam pada 28hb November 2010, anda semua mungkin tidak kenal akan namanya, Leslie Nielsen (bacalah banyak surat khabar oi), tetapi seringkali kita boleh lihat persembahan/lokanan mantap beliau dalam beberapa siri filem komedi yang hits seperti 'Airplane', 'Naked Gun', 'Superhero Movie' (neh.. yang ala ala citer spiderman tetapi jadi pepatung man tu..), dan banyak lagi movie yang lain. beliau meninggal dunia disebabkan komplikasi penyakit pneumonia yang beliau hidapi di hospital berdekatan dengan kawasan kediamannya di Fork Lauderdale, menurut jurucakap/agennya, Leslie berumur 84 tahun ketika meninggal dunia. huhu, Leslie, kenapalah kau mati awal sangat eh?


Beliau adalah merupakan pelakon yang serius sebelum berkecimpung dalam bidang komedi, dilahirkan pada tahun 1926, dapat hidup mencapai tahun 2010 boleh dikatakan panjang umur bagi seorang selebriti veteren seperti beliau (lazimnya kebanyakkan pelakon terkenal mati awal, saya rasa la).

Beliau pergi meninggalkan isteri ( Barbaree ), rakan-rakannya dan agen beliau sendiri iaitu John S. Kelly. berdasarkan prestasi beliau orang lama dalam bidang lakonan (ini saya selidik menerusi 5 hingga 7 artikel, adoi penatnya). beliau berpindah ke Holiwood pada pertengahan tahun 1950 dan memperkembangkan bakat lakonan dengan menerima pelbagai janis peranan serta terlibat dalam bayak filem dan ini menjadikan namanya melonjak naik serta masyur di mata peminat. untuk pengetahuan anda semua, beliau sebenarnya warganegara Kanada.. yep, dan menjadi masyur selepas berpindah ke holliwood. pernah sekali beliau ditawarkan untuk berlakon dalam filem Star Trek dan Twilight Zone, namun tawaran itu ditolak atas sebab terlalu banyak beban kerja yang telah dipikul. bayangkanlah kalau lelaki ini dalam cerita Star Trek? pastinya makhluk asing di angkasa lepas ketawa 24/7 tanpa henti.

Salah satu kejayaan terbesar beliau adalah apabila membitangi filem "Airplane" dan beliau pernah berkata kepada pihak akhbar The times pada tahun 1991 bahawa beliau amat berterima kasih atas peluang yang diberikan kepadanya oleh Produser dan juga Pengarah filem tersebut iaituJim Abrahams dan David serta Jerry Zucker.

Seorang daripadanya kenalannya iaitu Maitlin menyifatkan beliau sebagai seorang yang peramah, lucu (memang lucu pun) dan sangat berbakat, sungguhpun ada sesetengah pihak seperti Roger Ebert( pengkritik filem) yang seringkali mengkritik prestasi lakonan beliau.

Ah, sampai disini sahajalah biografi mengenai Leslie Nielsen, sayang sekali kita kehilangan tokoh pelawak seperti ini. dan saya pun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kisah beliau yang sudah meninggal. well, sayonara Mr Magoo..

Disediakan oleh

Deideian
http://www.deideian.com

0 comments for this post:

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers