Sunday, November 28, 2010

Wawancara bersama Mark Zuckerberg: Pengasas FACEBOOK

Pada persidangan Web 2.0 di pekan San Francisco yang lalu, CEO Facebook iaitu Mark Zuckerberg memberikan ucapan selama enam minit tentang bagaimana, dalam masa tempoh lima tahun ke akan datang, dia mensasarkan matlamat syarikatnya untuk menjana keuntungan sebanyak berbilion-bilion dolar dalam industri hiburan yang lain seperti  TV, berita, filem, dan muzik industri dan beliau juga mendakwa bahawa tidak lama lagi kesemua "bentuk" hiburan yang sedia ada pada masa kini bakal "digulingkan".


Ucapan yang dibuat jelas menyimpan seribu satu erti adn mengandungi erti yang besar (dimana ia bakal memberi impak dalam industri hiburan pada masa akan datang) . beliau mendedahkan "visi" beliau itu ketika sesi wawancara dilakukan dimana tiada slot untuk "ucapan" sebegitu disediakan sepatutnya.. aneh ya? tetapi itulah fikiran orang yang kaya dan bijak berniaga. Berikut adalah beberapa rangkap yang dipetik dari ucapan beliau. 
"Dewasa ini, Seperti yang sudah berlaku dalam industri game - di mana Zynga sekarang mempunyai modal pasaran lebih besar dari Electronic Arts -  justeru mengharapkan agar pengusaha memberontak bagi mewujudkan  "reformasi" film, TV, berita, e-dagang dan industri muzik dengan bantuan dari Facebook . Beberapa syarikat kemungkinan akan mapan atau terjejas. sementara yang lain adalah sebaliknya. Tetapi Facebook kan bertahan - mungkin melalui kredit atau iklan, tetapi juga mungkin beberapa cara lain - seperti mengenakan cukai syarikat-syarikat dalam pertukaran untuk nilai tambah.
Menurut Zuckergberg:"Apa sahaja yang melibatkan unsur kandungan samada secara meluas atau khusus dalam sesebuah industri/bidang - contohnya seperti game, muzik, filem, TV, berita, apa saja di media,  e-commerce, atau salah satu dari hal ini.
Dalam masa lima tahun akan datang, mereka yang telah sekian lama menceburi bidang sebegini pastinya terfikir bawaha wujudnya peluang perniagaan yang lebih baik.
 

Kami berpendapat bahawa kita harus memainkan peranan dalam membantu untuk membentuk kembali dan berfikir semula tentang semua industri, dan kita akan mendapatkan nilai berkadar apa yang kita laburkan, Dalam industri permainan elektronik (game), kami mendapatkan beberapa peratusan daripada nilai syarikat-syarikat melalui iklan dan kredit. Tapi itu semua kerana kami membantu mereka.
Jika kita membantu industri lain dalam membina apa yang akan menjadi penyelesaian yang baik dan menguntungkan, maka pastinya "nilai" kegunaan atau fungsi Facebook pastinya meningkat dan ianya bukan hanya sekadar laman web sosial sahaja.



seperti yang anda telah baca diatas tadi, berikut adalah ucapan yang dipetik dari apa yang telah dihujahkan oleh saudara Mark, huh.. kekayaannya sudah menandingi tokoh tokoh perniagaan sedunia, kisahnya dalam meniti cabaran hidup sehinggakan bergelar Billionaire sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada golongan muda yang bercita-cita tinggi.. (seperti saya).. semoga info ini berguna untuk anda yang lain. dan harap maaf sekiranya terjemahan saya ada silap dimana-mana, almaklumlah mat salleh kalau bercakap memang laju sangat haha..


nak tau lebih lanjut, silalah menonton rakaman wawancara di bawah ini

0 comments for this post:

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers