Monday, November 8, 2010

Saya dah tukar domain baru!!! yay!!

Tanggal 08/11/10, maka bertukarlah nama URL blog saya yang selama ini bergelar Deideian The Black Box kepada nama komersial dan mudah untuk diingati iaitu Deideian. nama saya sendiri, unik dan tiada yang serupa ejaan seumpama dengannya didunia ini walau bagaimanapun saya google dan selidik dari pelbagai buku.baiklah cukup mengenai saya. Sekarang biar saya ceritakan mengenai kisah bagaimana saya menukar URL saya ini.

Seperti mana yang anda juga mungkin lalui, jika anda rajin dalam melakukan blog-walking, maka anda akan mendapat pelbagai pengetahuan baru dari blog blog orang lain. anda akan dapat memperbaik dan meningkatkan kemahiran reka bentuk WebLog anda dengan perisian yang lebih canggih dan menghasilkan sebuah blog yang cantik serta sedap mata memandang.

Saya sudah lama berhajat untuk mendapatkan domain sendiri kerana ini akan menampakkan keperibadian sesebuah blog itu tampak lebih professional dan bermutu (mengikut kajian yang telah dibuat pakar-pakar blog seluruh dunia-sumber dari pelbagai forum). saya memulai kegiatan blogging sejak 2008 akan tetapi saya hanya bertumpu ke atas blog saya sahaja, kemudiannya saya memulai kegiatan Blog-Walking lalu disitu saya menemui banyak pakar-pakar blog dan salah satunya adalah saudara Zuar dari Sumber Informasi Terkini. anda yang berkeinginan untuk mendapatkan lebih ilmu mengenai pembinaan blog boleh mengunjungi blog beliau. Terima kasih bro Zuar.

Baiklah bagi anda yang ingin mendapatkan domain sendiri, anda boleh dapatkan ia di laman sesawang Netkl.com dimana harga untuk sesebuah domain tidaklah mahal sangat. saya mendapatkan domain dot com dengan harga sebanyak RM31.60 sahaja, ditambah dengan servis pemasangan oleh pihak Netkl sendiri sebanyak RM3, maka kesemuanya berjumlah RM34.60. anda boleh juga dapatkan lain-lain domain seperti berikut. (dicedok dari blog saudara zuar)

Domain       Harga             
.com            RM31.60      
.net              RM31.60    
.org             RM29.95 
.biz              RM29.95

iya.. murah bukan? dan berita baiknya adalah, anda hanya perlu membayar untuk setahun sekali, bukan bulanan, yes itulah keunikkan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Netkl. bukan itu sahaja, pihak Netkl juga sudi membantu anda dengan menjawab segala persoalan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ketidakpastian mengenai perkhidmatan yang ditawarkan. contohnya siang tadi semasa saya mula mendaftar untuk domain, saya telah menghubungi talian yang menghubungkan saya dengan pihak admin dan mereka telah membantu serta mengajar saya untuk melengkapkan permohonan saya di website mereka. bonus adalah;

anda hanya membayar untuk setahun sekali

servis pemasangan/setting dibuat sendiri oleh pihak Netkl dengan charge tambahan sebanyak RM3, anda juga boleh membuatnya dengan sendiri tetapi agak melecehkan. up to you

talian khidmat oleh pihak Netkl secara terus dan mereka sudi mengajar anda secara satu persatu mengenai cara permohonan 9anda hendaklah membayar terlebih dahulu, sebarang pertanyaan anda boleh lihat sendiri di laman mereka di Netkl.

saya juga telah mngubah semula reka bentuk header saya agar selaras dengan perubahan baru blog saya.


ditukar menjadi


 Design header yang saya cipta tidaklah secantik mana seperti yang telah dibuat oleh pakar pakar blogger yang lain namun sedikit demi sedikit saya sentiasa menimba serta menambahkan ilmu. sekiranya anda berkeinginan untuk mendapakan khidmat saya untuk mereka bentuk header atau blog anda, tunggulah entry saya yang seterusnya dimana saya akan kemukakan perkhidmatan serta harga servis dikenakan.

baiklah bagi sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan blog sendiri, anda boleh dapatkan ia disini, harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dan saya yakin anda juga mampu memilikinya. bergantung kepada keinginan anda sendiri. dapatkanlah segera dan jadikanlah blog anda setaraf mereka yang professional. selamat maju jaya.

3 comments for this post:

zuar said...

tahniah bro..satu usaha yg bagus untuk masa depan..jgn lupa update selalu..jgn lupa gak blaja pasal SEO..sebab SEO untung untuk jgka masa yg pjg..boleh tgk kat sini.


http://www.zuarxpdc.com/search/label/SEO

Sekali lagi tahniah dh guna domain baru:-)

AuTumN LeaVes said...

ohhh tidak.saya jeles.haha..

Deideian said...

@Zuar - terima kasih bro atas semua ilmu yang telah dipeturunkan hahaha.. ya masih banyak yang perlu saya pelajari, mudah mudahan saya dan bro dapat bekerjasama di masa depan.. joint venture ^^

@autumn - jangan la jeles kawan, kamu pun dapat berbuat demikian hahaha.. dapatkan segera domain kamu dan belajarlah mempercantikkan blog..

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers