Friday, October 8, 2010

Shopaholic: baik atau tidak?

   Selamat malam kepada yang singgah di blog saya yang kosong dan putih ini, putih? apsal namanya Blackbox?. bah kali ini anda bukan membaca mengenai review movie Confession of Shopaholic (saya baru jer tonton cerita tu petang tadi). untuk entry kali ini saya akan kongsikan pandangan saya mengenai kebaikan? keburukan? ciri-ciri? dan pelbagai lagi yang kita boleh kaitkan mengenai Shopaholic ini.



   Okay hadirin sekalian, biar saya mulakan ya? ehem.. untuk makluman, saya terdorong untuk menulis berkenaan tajuk ini kerana petang tadi masa pergi shopping bersama famili, saya dan ayah (seperti biasa) akan duduk di tepi kereta kami (tempat duduk berdekatan la) sambil menunggu ibu saya selesai shopping. So disini saya mengambil peluang ikut ibu saya masuk ke dalam shopping mall itu. tujuannya adalah untuk tolong sorong troli sambil ingin melihat gelagat manusia ketika membeli belah. So disini saya mendapati terdapat 4 jenis orang yang membeli belah disini. Hah? 4 jenis orang? ala relax la, 4 jenis orang tu masih juga manusia bukannya alien, 4 jenis orang yang saya maksudkan adalah 4 jenis mentaliti yang manusia miliki ketika dalam aktiviti membeli belah.

*P/S: kajian ini adalah berdasarkan pandangan dan pengalaman saya, tidak berkenaan dengan yang hidup atau yang mati atau yang dah jadi zombie. klu ada sebarang salah dan silap silalah tegur saya dan berikan pendapat anda di ruang komen, sila tinggalkan nama anda ya? jangan jadi Ciken

   And so jeng jeng jeng, jum kita ke peserta pertama, manusia ini adalah jenis yang samada dia kaya atau dia ini jenis yang memang addict dengan kancah shopping-memoping nie. So disini saya ingin kalian membayangkan; seseorang lelaki/wanita yang sedang berjalan di Fashion Store. ok time dia sedang jalan2 tu dia bukan jalan2 kosong, melihat-lihat, atau membelek belek tau? dia jalan, sambil tangan kanannya ambil itu dan ini, dan tangan kirinya "mendukung" barang-barang yang "diambil"nya.. hah, see? saya guna "mendukung" dan"diambil" retinya dah terlampau banyak dah barang yang dia nak beli, dan bukan bukannya kisah pun barang tu ngam ke tidak ngan potongan bodynya. tetapi lazimnya manusia akan try dulu la.. ye tak? ini pandangan ajer.. ok dia ni main ambil jer.. yes pakaian/item itu sesuai dengan dirinya. Tapi ada dia tengok HARGANYA? entahlah.. saya pun tak tahu.. disini saya tak menyatakan apa2 fakta atau auta.. saya cuma ingin ajak anda berfikir.. dan kemungkinan perkataan yang keluar di minda anda klu berada di situasi  saya ketika itu adalah: "biar betul orang ni".. haa.. iyelakan? shopping sakan bagai nak rak, ambil itu ambil ini, tak tengok pun price dia apa.. itu menunjukkan samada orang itu SANGAT KAYA atau mengalami penyakit Shopaholic..
   Orang kedua pula begini jenisnya (based on apa yang saya lihat la), orang ini TAHU apa yang diperlukannya tetapi masih juga ttidak mengira harga barang tersebut, justeru dia langsung beredar dari satu section ke section yang lain semasa shopping. bila jumpa bahagian jeans, dia akan pilih yang sesuai dan bermutu tinggi, bila jumpa baju, dia akan pilih yang cantik dan bergaya, bila jumpa cermin mata, dia nak yang serupa dengan yang diguna atau dipakai oleh artis di TV.. well personally saya copkan orang jenis ini adalah "High Maintenance" la.. hah Lelaki, jangan pilih pasangan sebegini, sorry ye kaum wanita? bukan bias apa semua, hanya segelintir aja dari spesis kamu yang bersikap sedemikian, demikianlah jua orang lelaki ada juga bersikap sebegitu tetapi majoritinya MENGGUNAKAN DUIT SENDIRI.. ehem ehem terbatuk pula..

   Seterusnya, kita lihat orang ketiga pula, okay orang ni jenis yang organised.. haa jenis ini la yang kita patut contohi, klu saya cari isteri nanti mesti nak yang macam ni (fuhh, jimat bajet.. hihihi). ok bagaimanakah perwatakan orang itu semasa shopping. Adakah dia shopping smart? atau shopping hard? orait begini, time saya tolak-tolak troli tu kan, saya terlihat ada sepasang lovely couple (memang lovely, chinese man and woman dlm lingkungan umur 25-30 rasanya, berpakaian ala-ala tourist dari luar negeri) sedang membelek2 barangan di kawasan fast-food corner. ok kita namakan mereka berdua Romeo and Juliet, lovely bangat deh sebab yang lelaki itu Hensem, manakala yang perempuan tu klu senyum memang tak tumpah seperti Lisa Surihani tapi dalam versi cina la.. so Romeo tolak troli manakala Juliet memegang sekeping kertas mengandungi list barang yang ingin dibeli (baru kahwin kot?). mereka cakap dalam bahasa cina.. dialek mereka klu Mandarin saya faham tapi ini tidak., macam Hokkien (uu saya berminat nak belajar bahasa Hokkien). si Juliet bercakap2 manakala si Romeo mencari-cari.. well macam ini la membeli dengan bijak dan cermat.. bukannya "Alah membeli, Menang Memakai, tengah bulan Pokai" hah.. cis saya tak suka pepatah tu..
   ok jenis yang terakhir saya lihat adalah ketika saya di kawasan daging/meat.. ibu saya sedang sibuk memilih sayur manakala saya pula sedang sibuk memerhatikan orang lalu mata saya yang seksi ini tertangkaplah 4 sekawan yang berpakaian macam nak pergi camping ke apa entahlah.. so mereka ni di kawasan makanan ringan, tak jauh dari tempat ibu saya dan saya. saya dengar mereka cakap macam ni:

"I think we should buy this oo, very cheap what" <-----(contoh Manglish di negara kita, ish ish ish)

"No, the keropok very small ma, dun wan lah" <-----( sepatutnya " it has very little content" ish ish ish)

"How bout this lei?" kata seorang gadis berambut tocang sambil memegang sebungkus kacang Ngan Nyin.( gadis itu sangat cute oo)

"No, too expensive what, find other lo" <--- (padahal harganya sekitar RM6 aja.. ish ish ish)

dan last sekali? tahu apa yang terjadi? mereka berempat keluar dengan tangan kosong, oh ya yang seorang lagi itu tak banyak cakap sebab asyik dok dengar lagu kat headphone nya, biasalah.. macam saya juga.. eheheh.. well dasar kedekut, based on cara pemakaian mereka and gadget yang terlekat kat bahagian pinggan dan di tangan (seorang guna HTC, seorang ada kamera DSLR, cis! bagi aku jer la)  saya fikir mereka ni orang kaya kedekut.. eh? bukan ka? er.. entahla.. saya pun tak pasti, bukannya saya kenal pun.. lagipun saya hanya sekadar bercerita aja..

   So bila saya balik ke rumah, terus saya on laptop and internet lalu mencari keyword Shopaholic dan juga ciri-ciri pengidapnya. so saya pun tersenyum senyum sendirian tatkala membaca info2 tersebut lalu timbulah idea untuk menulis entry unutk kali ini dan tada! dah siap pun.. 

"cikgu!! sumanya 100 patah perkataan!!" 
Cikgu: tipu!! dasar murid yang malas mengira!! kira lagi!!

The The End = Dei Dei An = Deideian.. ^^






0 comments for this post:

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers