Thursday, November 25, 2010

Lisa Surihani - Tahniah atas meraih sejuta fans facebook

Saya masih lagi teringat lagu "you and I, have made a pack~ we must bring, salvation back~ just call my name, and I be there~".. yer.. pandai tak saya nyanyi? sayang sekali anda tak dapat mendengarnya.. ok lagu tadi adalah lagu iklan dimana Cik Lisa membaca majalah secara terbalik (oh saya masih ingat babak itu..), and since then, beliau mula menempa nama sebagai pelakon harapan dimana beliau beraksi dalam banyak drama dan filem tempatan serta memegang pelbagai jenis watak dalam filem yang pelbagai genre.

Dilahirkan pada 23hb March pada tahun 1986 ( wah, tua beberapa bulan dari saya..jadi saya perlu panggil Kak Lisa lah ni? hehe..). Anak kelahiran Kuala Lumpur dan merupakan lulusan dari Help University College dan Aberystwyth University  di Wales, United Kingdom.  

Seperti yang saya katakan tadi, beliau merupakan seorang pelakon yang berbakat dan mampu memainkan pelbagai jenis peranan/watak yang diberikan dengan berkesan. antara cerita filem yang pernah beliau bintangi adalah seperti "goodbye boys", " I'm not single", "zoo", lagenda budak setan dan etc.. juga berlakon dalam beberapa drama seperti tudung express, ombak rindu dan etc.. anda boleh selidik sendiri mengenai beliau dengan lebih melaui bantuan pak cik google dan majalah hehe..

andai kata Michael Bay (pengarah Transformer), Peter Jackson (pengarah king kong), dan David yates (pengarah Harry Potter 7) berniat nak ambil pelakon Malaysia untuk berlakon, you can count on this person, Miss Lisa Surihani. eh if any of you read this, you can scroll to the lest side of this blog for translation. your welcome Sir. macamlah dia orang ada masa nak baca blog saya haha..

The main reason saya blog tentang Lisa hari ini adalah untuk mengucapkan tahniah kepada beliau atas kejayaan meraih facebook fans sebanyak 1 juta (mungkin lebih?). dan sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut perihal perkara ini, anda boleh rujuk di facebook anda sendiri atau anda boleh check link yang saya berikan di sini.

Saya tak berani nak letakkan/embed video beliau di blog saya kerana tiada kebenaran dari beliau. siapa lah saya ni kan.. hanya peminat kecil kecilan aja.. well anyway, Goodluck to you Lisa, semoga anda sukses dalam bidang lakonan.. mungkin suatu hari nanti boleh naik ke peringkat lebih tinggi seperti  Puan Michele Yeoh? (saya tak suka guna gelaran Datuk untuk wanita, janggal rasanya). itu sahaja press blog dari saya, semoga berjumpa lagi..

Yang Blogging
Deideian
http://www.deideian.com

2 comments for this post:

KRISTIANNE WYNONA said...

lisa surihani the best! i love her.

Deideian said...

kan? hehe.. sudah tgk video dia ka?

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers