Thursday, November 25, 2010

Rahsia Tersembunyi - kemenangan jepun pada 1941 disebabkan hantu tinggi?

Selamat sejahtera kepada anda yang termasuk ke blog saya ini, orait kali ini saya akan mengupas sedikit mengenai sejarah silam (sebenarnya saya suka ngan sejarah ni ). kalau sebut tentang sejarah, sistem mekanisma tubuh manusia akan secara automatik membentuk gerakan yang disebut "menguap".. aik? apsal? iyerlah dah nama subjek ini sinonim dengan boring.. tetapi tahukah anda? apa yang anda pelajari di bangku sekolah dahulu hanyalah berdasarkan "cover" semata-mata? demi tidak membuang masa, disini saya akan ceritakan perihal yang berlaku pada perang dunia ke-dua dahulu, dimana bagaimana pihak jepun berjaya menewaskan british.. sekiranya content cerita saya ini adalah salah, maka saya ingin memohon ribuan maaf dan sepuluh jari saya susunkan tanda meminta ampun.. ini kerana sumber cerita ini saya perolehi dari ilham yang tiba-tiba dicetuskan ketika saya mengecat siling rumah bahagian dapur tadi.. ok, silakanlah membaca rahsia yang disembunyikan..



tahukah anda walaupun kebanyakkan idea-idea mengenai perkembangan teknologi pada mulanya dicetuskan oleh orang asia atau uganda? tetapi dimajukan oleh mat mat saleh? orait.. oleh kerana terlampau advance, maka mereka telah mereka pelbagai jenis senjata yang maha dasyat sehinggakan bila tiba musim peryaan pun mereka guna bedil untuk meraikkannya (acah ajer, wekk..) so bila mereka rasa diri mereka tu kuat, startlah mereka kacau tanah bangsa lain.. menjajah la maksudnya..

And so lepas beberapa abad kemudian.. setelah perkembangan ekonomi dan teknologi berkembang, tercetuslah perang dunia 1 dan 2.. salah satu negara asia yang mencipta nama dalam arena peperangan ialah Negara Nobita.. (negara jepun lah!), mereka "peng!" sana, dan "peng!" sini, kalah Rusia, kalah China, mati manusia.. cewah macam berpantun pulak.. and so wujudlah dua pakatan iaitu axis dan berikat.. so time mereka fight and fight.. pihak axis kian kalah dek kekurangan teknologi yang canggih manggih.. (pihak jepun dan jerman).. almaklumlah, mana taknya kalah? di pihak berikat terdapat ramai jaguh handalan seperti Rambo, Jean Claude Van dame, Chuck Noris, Pensel Noris 2b dan sebagainya.. ditambah lagi dengan Superman, Batman dan Sepaiderman.. mak aih.. tak kuasa aku..

semasa di negara kita (masa tu masih hutan belantara lagi, tadi pakson takda mekD), tentera jepun kian didesak oleh tentera british sehinggakan jumlah sebenar yang tinggal berjuang hanyalah 5 orang sahaja, iya.. info ini saya dpat dari budak umur 3 tahun kat warung kantin sekolah adik saya.. entah apa logiknya.. mereka menang.. hah? macam mana mereka boleh menang? saya pun hairan (sambil menggaru punggung).. lalu saya mengusulkan beberapa spesikulasi dan akhirnya saya mengtahui bahawa..

didalam matapelajaran sejarah, kita belajar bahawa Jepun menenggelamkan dua buah kapal perang british yang bergelar Prince of wales dan Repulsive, dan kaedahnya adalah dengan menggunakan serangan Kamikaze, betul tak? well penyataan itu separuh fakta, separuh auta.. orait beginilah kisah yang tersembunyi.. fail ini masih lagi dalam simpanan top sekret military pihak US.. begini.. tika Jepun kian menghadapi kekalahan dalam serangan pertama (mungkin disebabkan tak tahan dengan kepedasan nasi lemak negara kita, dah nama mereka sering makan makanan mentah hehe)..Salah seorang telah berdoa akan keselamatan rakannya dan bertindak menyeru dewa gergasi yang maha dasyat, menurut sumber yang diperolehi dari budak sekolah.. gergasi ini hampir sama dengan lagenda Hantu Galah atau hantu tinggi di negara kita.. dikatakan bahawa warnanya merah dan perak berkilauan serta bermata kuning keemasan.. mak aih.. menakutkan..  setelah membuat beberapa research.. inilah rupa gergasi yang dimaksudkan..






rupanya sungguh menakutkan bukan? fuhh.. sebijik macam hantu tinggi yang diceritakan dalam cerita rakyat.. tubuhnya merah berdarah.. bermulut besar ( ada gigi ke?), khabarnya sejurus selepas tentera jepun yang nyeru bantuan dari dewa telah berubah menjadi Hantu Tinggi ini, mungkin beliau mempunyai kuasa pawang, ada juga pihak berpendapat bahawa makhluk ini adalah bangsa asing.. kalau difikirkan, agak lojik juga.. cuba anda perhatikan, bagaimanakah makhluk ini hendak buang air (besar dan kecil?), tambahan adakah itu baju dia? atau dia berbogel sebenarnya? bak kata lecturer saya Abang Jaiz dahulu (cewah, abang pulak): "luar biasa".. hehehe..

bersambung cerita, angkara makhluk inilah kedua kapal perang ditenggelamkan kerana sekali pijak, karam kedua-duanya.. sungguh dasyat sekali.. maka itulah faktor utama jepun menang kalau tak silap la.. kalau silap maaf la.. content ini adalah berdasarkan kajian teori sahaja.. serta berpandukan info dari budak sekolah.. harap anda dapat bertemu engan makhluk ini suatu hari nanti..

yang comel
Deideian
http://www.deideian.com

0 comments for this post:

Post a Comment

ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my team

BlogMalaysia.com

Miri Bloggers