Oh Marilyn, aku suka dengan kau, kau suka tak dengan aku? Aku rasa kau tentu suka sebab aku ini hensem dan ada beg cap lambang power rangers warna pink, ku beli beg bewarna pink kerana ku tahu kau suka warna itu. Sering kali ku eksen-eksen berjalan didepan kau tika waktu rehat namun kau tak perasan, ku tinggikan suara tika ku bercakap dengan kengkawan namun kau tak juga perasan, apakah sedap benar bekal kuih karipap yang kau kunyah itu sehingga kau tidak memperdulikan kehenseman ku? Percayalah Marilyn, akulah lelaki yang bergaya, mutu dan keunggulan. Ayah ku seringkata katakan bahawa akulah lelaki sejati kerana warna kulit ku hitam seperti bangle yang kerja kat tapak pembinaan. Bukankah kau minat shah rukh khan? Tidakkah kau merasakan yang wajah ku ini seperti wajahnya? Oh Marilyn, sekiranya ku terkena nombor 4d suatu hari nanti dan menjadi kaya, akan ku pinang kau dengan 41 dulang hantaran, ini kerana kakak ku kahwin tempoh hari, suaminya hantar 40.. aku tak mau kalahlah.. oh Marilyn, sungguhpun aku yang hensem ini tidak punya harta, sungguhpun aku tidak punya mykad dan lesen drebar, tetapi percayalah kau akan bahagia bersamaku, jangan lah kau asyik berkepit dengan budak si tommy yang gemuk itu, kalau tak kenangkan dia kawanmu, udah ku tunggu dan tumbuk mukanya diluar pagar sekolah. Sekiranya kau sudi jadi geprenku, akan ku ajak kau tonton cerita power rangers yang baru dibeli abang ku tempoh hari, aku juga ada banyak cerita kartun lain. Aku suka otromen mebius, kau suka tak? Seandainya kita bersama, aku tak kisah kalau kita bermain permainan, aku rela jadi raksasa, dank kau jadi mebiuslah. Kalau kau jadi geprenku, akan ku bawa kau melawat ke sangkar itik belakang rumahku, aku selalu curi telur itik disitu.. mungkin kau nak join sama? Oh Marilyn, aku dah tak ada idea nak cakap untuk tekel kau.. dan aku dah tabor serbuk bedak emak aku di kertas ini. Harum kan? Kalau tak silap ia jenama kolow-me.. semoga kau terbaca surat ini dan esok kita kapel yek? Bye saying.. muah..
Boiprenmu,
Frankie
aduh.. romantik kan? sayang sekali dia tak tahu yang si marilyn ni dah campakkan surat dia kat tong sampah, pada spekulasi saya, mungkin minah ini terlampau lapar dan terus melahap kuih karipap sampaikan surat ini dia buang begitu ajer, or maybe dia tak tahan dengan bau bedak followme, tetapi si frankie ni cakap ini bedak kolow-me.. betul ke budak nih? ish.. kepada frankie budak tahun lima, bilamu telah membesar nanti, ingatlah bahawa budak perempuan tak sama dengan kaum lelaki, mereka tak semestinya suka dengan power rangers dan otromen, dan speeling yang betul ialah Ultraman lah.. remember!!
4 comments for this post:
ini mengenangkan aku kepada sorg budak bernama isun ketika aku pertama kali bertemu dgn nya d U dl.. sebijik mcm surat yg dia bagi kat Mdm time x dpt dtg class gara2 lwt bgn kerana main game d umah Wong. ^^
Aha.. Dat boy is DEIDEIAN.. Who's dat girl in dat letter? Nah dun ask me, ask ISUN la.. Wahahaha.. BTW, nice^^ Aiseh, google acc ku ngena family name plak.. Wahaha... Jay
adoh pok.. ukai aku nyak.. romantik gk surat ku tulis suh indu you hahaha.. budak tahun lima nyak..
Hahahahahhaa.......
Post a Comment
ah~ comment if you like this post, i would like to read your respond in order to create more exciting topics in future ehe...^^